Teguran dalam senyuman muda.
Saf mula dirapatkan. Kedengaran tok imam mengingatkan kepada para makmum supaya membetulkan tumit belakang dan rapatkan saf agar bertemu bahu.
Laungan takbir mula bergema. Membesarkan Allah. Tuhan semesta alam. Aku berada di saf hadapan tapi paling kanan sekali. Hajat dihati mahu saja berada di belakang imam tidak kesampaian.
"Banglong pi dok belah kanan sekali. Bagi pakcik-pakcik dok kat tengah saf. Masih di saf depan kan, cuma dok belah kanan ja. "
Dengan muka mengada manja kuturuti ayah.
Umurku baru mencecah 10 tahun ketika itu.
Selesai solat zuhur berjemaah di salah sebuah surau di suatu kampung yang aku sendiri tidak kenali tempat itu.
Seusai doa diaminkan bergegas aku bangun berlari mendapatkan ayah. Mahu salam dengan ayah.
"Eh eh bakpo derah sangat hungga nih?" Soal salah seorang pakcik yang berada di hadapan ayah.
Aku tidak mengerti sepatah pun. Aku bukan orang kampung ini. Aku cuma mengekor ayah saja.
Tangan ayah aku cari lalu kukucup tangan mulia itu.
"Haa lepas ni pi salam tok imam plak ya. Lepas tu salam semua pakcik-pakcik dalam surau ni. "
Pesan ayah.
"Ok yah" balas ku pendek.
Tercungap-cungap menyantuni jemaah pakcik. Akhir sekali aku cari si imam. Muda dan agak segak orangnya. Berbaju melayu serta berserban. Sedikit misai yang tidak tebal namun kemas dan janggut yang tidak terlalu lebat dan tidak terlalu panjang.
Aku perhatikan perwatakan imam muda tadi. Gaya lagaknya sederhana. Nampak begitu bersahaja. Yang pasti senyuman sentiasa dibibir imam muda itu.
" ayah.. Yah tu sapa yah?" Soalku kepada ayah.
" tu la tok guru nik abdul aziz. Dia menteri besaq negeri kelantan. "
Jelas ayah.
"Awat dia tak pakai kot( baju kemeja dan kot) ?"
"Tokguru nak bagitau yang serban ni pakaian sunnah dan jadi menteri besaq tak semestinya kena pakai mewah-mewah".
Aku diam. Dalam dua samada aku mengerti dengan penjelasan ayah ataupun tidak. Yang pasti aku ingat perkataan sunnah.
Aku pun berlari hendak turun daripada surau. Berdegum degum bunyi larianku dicampur bunyi lantai surau yang diperbuat dari kayu.
Turun dari tangga aku toleh kebelakang untuk melihat wajah itu. Entah mengapa berasa mahu menatap wajah itu seperti ada magnet yang menarikku. Dia punya tarikan yang tersendiri.
Tiba-tiba.
Lambaian tangan daripada dia. Tokguru panggil aku naik sebentar.
Aku turuti walaupun malu-malu.
Ditarik aku duduk rapat hingga berlaga lutut aku dengan lututnya.
"Awe namo gapo?" Soal beliau.
Aku angkat kening. Siapa awe? Tak faham. Aku toleh ke ayah.
Ayah bisik ditelingaku.
" tokguru tanya nama banglong".
" nama saya qasim".
Ditepuk-bahu aku. Masih lagi dengan senyuman manis itu.
" surau ni rumah Allah. Tempat mulia. Tak boleh lari-lari. Qasim suko ko kalu ore lari-lari dalan rumah qasim buat bising?"
Aku menggeleng sambil tersengih sampai nampak gigi berlapis.
Dia beri teguran dalam senyuman buatku. Tangannya diatas pahaku. Menepuk-nepuk.
Dihulur kepadaku duit kertas rm2. Melonjak riang aku. Tapi semua itu aku sembunyikan dalam hati.
"Terima kasih tokguru".
Aku salami tangan tokguru dan beberapa orang pakcik yang ada diluar surau tersebut.
Setelah beberapa langkah daripada tangga surau bersama ayah aku paling kebelakang. Laju tangan ini melambai sambil tersenyum. Lambaianku bersambut bersama sebuah senyuman lagi.
Untuk kali yang keberapa aku toleh kepadanya aku tidak tahu. Yang aku sedar kali terakhir aku cuba melihat wajah itu nyata aku telah tersedar daripada mimpiku.
Walaupun sekadar mimpi tapi ianya kenangan manis buat diriku.
-kalau dapat jumpa ulama pon dah seronok macam ni. Bayangkan dapat mimpi jumpa Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam.
2.45 pagi isnin 16 mac.

No comments:
Post a Comment