Saturday, March 21, 2015

Suami lega bila saya bertudung.

Sepatutnya begitu la yang wajib ke atas para wanita khususnya isteri jika betui mahu si suami masuk ke syurga tanpa diheret ke neraka. 

Tahniah diucapkan kepada para wanita khususnya isteri3 yang telah berjaya menutup aurat rambut dan tubuh badan dengan sempurna. 

Bagi yang masih belum mampu sebenarnya jauh disudut hati mereka amat tau bahawa aurat tu wajib ditutup. Bahkan daripada kecik lagi tau. Cuma atas macam3 alasan dan kepentingan tuntutan agama ni diketepikan. 

Contohnya kita amik artis di malaysia, ramai yang tau aurat tu wajib ditutup dan ini adalah perintah Allah. Tapi disebabkan nak jaga periuk nasik seperti tawaran berlakon atau menyanyi mereka sanggup ketepikan hak Allah ni. 

Ini semua berpunca daripada kurangnya ilmu agama dan pendedahan tentang agama. Pendek kata diri mereka sendiri yang tak mau belajar. Dari awal lagi rezeki yang mereka dapat sebenarnya tak membawa keberkatan. Ya kita tak nafikan hasil berlakon atau menyanyi kadang3 tu memang banyak. Perlu juga kita tau yang banyak tak semestinya berkat. Tapi kalau berkat tak kira sikit atau banyak kita akan rasa cukup dan puas. 

Tu bagi yang tau hukum wajib tutup aurat. Bagi yang tau tapi buat tak endah pula?? Kena tepuk dada tanya iman masing3. Bukan tanya selera lagi. Sebab kalau tanya selera, makanya nafsu tidak akan pernah puas. 

Bagi artis yang sudah bersuami rata3 masih ramai tak menutup aurat. Sebab3nya sudah dinyatakan di atas. Kalau la mereka tau yang azabnya suami menanggung dosa dan amal kerja mereka tentu mereka akan menutup aurat bahkan silap3 mereka berhenti menjadi pelakon. 
Adakah islam melarang hiburan? Tentu sekali tidak. Islam meraikan hiburan bahkan islam itu sendiri suatu "hiburan" bagi yang betul3 memahami agama suci ini. 

Sampai satu tahap bila kita letih dan jemu dalam buat ibadat maka dibolehkan kita mendengar lagu3 yang tidak bawak kepada lalai dan menonton rancangan tv. Dan semua itu tidak lepas daripada landasan islam. Lagu yang macam mana dan rancangan yang macam mana itu semua islam dah susun dan atur. 

Wanita kalau nak menyanyi jugak mestilah yang mendengar itu wanita jugak. Walaupun berlaku perselisihan pendapat yang mengatakan suara wanita itu aurat atau tidak namun sebaik3nya jika kita amik pendapat yang selamat iaitu suara itu aurat jika dilenggokkan dengan lenggokan yang boleh mengundang dan menaikkan nafsu syahwat. 

Itu baru suara. Apatah lagi jika seseorang wanita itu memperagakan tubuh badan dilayarperak?? Bagi yang belum bersuami ayah3 mereka akan menanggung dosa mereka. Bagi yang sudah bersuami plak akan ditanggung sepenuhnya oleh si suami tadi. Jika suami sudah melarang maka suami tadi telah terlepas daripada tergolong dalam golongan dayyus. Tau tak apa itu dayyus? Itulah golongan yang tidak dapat masuk ke syurga. Membiarkan anak isteri melakukan dosa maksiat seperti mendedahkan aurat dan melakukan perbuatan keji yang lain. 

Kenapa dalam entri kali ni saya tekankan kepada artis? Sebab bagi masyarakat kita khususnya di malaysia artis ialah "public figure" yang mana masyarakat melihat dan menjadikan mereka sebagai idola dan sanjungan. Benar sekali dengan Hadis Nabi kita sollallahu alaihi wasallam. Mafhumnya di akhir zaman itu nanti para artis disanjung3 dan para ulama dipinggirkan bahkan dihina. Nampak tak??

Jadi bila kata public figure maka sepatutnya gunakan peluang ini untuk tunjuk akhlak yang baik bagi masyarakat. Walaupun kita tau tak da yang lebih utama untuk kita contohi dan teladani akhlak mulia selepas Nabi dan Rasul ialah para ulama namun saya kira masih ada artis yang masih baik akhlaknya untuk diteladani. 

Apa penyelesaiannya? Tidak dapat tidak kot mana pon kita dan para artis wajib kembali kepada islam. Kalau mahu berseni maka bersenilah menggunakan landasan islam. Menutup aurat dengan sempurna. Saya tak rasa yang seseorang artis wanita itu jika mahu melakonkan watak seorang isteri perlu memeluk dan melakukan aksi manja sebagai tanda ia seorang isteri. Cukup hanya dengan menutup aurat dan menggunakan kaedah seperti kamera trick dan penonton serba tau bahawa watak itu seorang isteri kepada suaminya. Dan mesej yang nak disampaikan tu dah jelas. 

Bagi penyanyi wanita plak  jika nyanyian itu secara langsung maka tidak dapat tidak hanya wanita saja yang boleh mendengarnya. Dan seboleh3nya perlu dikurangkan pencarian bakat wanita dalam seni nyanyian. Adakah islam begitu kejam?? Tidak bahkan islam begitu menjaga dan meletakkan status wanita itu di tempat yang mulia dan tinggi. Dan kerana itulah suara lunak hanya boleh didengari oleh si suami anak3 dan yang yang mahram dengannya. 

Akhir sekali dengan terus menuntut ilmu agama khususnya maka para artis akan dapat kembali berpegang dengan tali Allah. Jika tiada kesedaran diri untuk mencari ilmu maka tidak ada yang dapat menyelamatkan mereka dari terus bergelumang dalam dunia fitnah ini. 

Wallahualam. 





No comments:

Post a Comment