Thursday, March 12, 2015

Hingga ke akhirnya.



Peluh mula meleleh turun daripada dahi umar. Mata masih kekaburan. Kepala juga turut pening, sakit dan berdenyut-denyut akibat hentaman kuat yang tidak diketahui dari mana datangnya. 

Umar bukan nama sebenar cuba menggagahkan dirinya semula. Mengumpul tenaga yang kian hilang. Nafas panjang disedut oleh umar. Dilepas bersama suatu keluhan yang agak kasar bunyinya. " hmmm.... Aarghhh.... " sakit. Menahan dada yang sakit. 

Setelah beberapa ketika menyusun nafas supaya kembali stabil, umar meleretkan mata sambil mencari- cari masih adakah sinar cahaya mentari untuk dia segarkan matanya dan tubuh badannya. Namun dia hampa. Tiada cahaya walaupun sebesar lubang jarum. Gelap gelita. Bagaikan dalam kubur. Tiada cahaya. Hanya untuk yang beramal soleh saja akan peroleh cahaya di dalam kubur. Begitulah fikir umar di dalam hatinya. 

Hati kembali dirundung kesedihan. Bukan kerana tiada cahaya yang dicari tetapi sedih mengenangkan nasibnya kini. Masuk hari ini kiranya sudah hampir 3 hari dia terkurung di dalam tempat gelap ini seingatnya. Kali terakhir dia sedar adalah hari pertama dia dimasukkan ke dalam tempat misteri ini. Diperah keringat sesungguhnya supaya mengingat kembali apa yang terjadi kepadanya sebelum ini. Akhirnya umar sedar yang dia telah dibawa oleh sekumpulan laki- laki yang ganas dan tiada perikemanusiaan. 

Direntap kolar baju umar dengan kasar seolah umar bukan seorang manusia tetapi ibarat seekor haiwan peliharaan bahkan lebih daripada haiwan lagi dia diperlakukan dengan sehina- hinanya. Diludah ke muka ditendang dadanya ditumbuk perut dengan senapang Ak-47 dan disebat dengan cemeti di tengah belakang umar. Darah mengalir hampir dari semua arah dan semua tempat di batang tubuh umar. Bibir pecah dan darah mengalir keluar menitis jatuh ke baju dan tanah. Lemah dan tidak berdaya untuk melawan dan mempertahankan diri umar akhirnya pasrah dan akur diperlaku sedemikian rupa. Hanya Allah saja tempat terakhir umar berserah diri. Terkeluar daripada mulut umar dengan suara yang perlahan " laa ilaha illa anta Subhanaka inni kuntu minazzolimin. Hasbiyallah.. Hasbiyallah.. Hasbiayallah.." Lalu salah seorang manusia kejam yang turut menyeksa umar menengking dengan suara yang keras " apa kau kata? Apa kau kata tadi? Kau dengar tak apa yang aku tanya ni? Aku kata kau kata apa tadi binatang??!!! " umar diam membisu. Enggan menjawab soalan kasar tadi. Lalu dipukul kembali dan dihentak dengan kasar seperti tadi. Umar benar- benar kehilangan tenaga. Akibat tidak dihiraukan oleh umar, manusia bertopengkan syaitan tadi menghampiri umar lalu mengangkat senapang Ak-47 dan menghentak kepala umar dengan kuat. Dan umar jatuh rebah tidak sedarkan diri. 

InsyaAllah akan bersambung bahagian ke 2. 

No comments:

Post a Comment