Saturday, July 4, 2015

Hati ini.

hati ini,
selalu kau kata diam menyepi,
tiada berita buat diri,
bagaikan angin yang lalu menyapa pipi,
tulus halus begitu saja kau pergi.

hati ini,
terkadang telahanmu itu ada benarnya,
terkadang ia tersasar daripada pengetahuanmu,
lalu apa natijah yang kau harapkan?

hati ini,
yang sentiasa menanti waktu itu,
dalam jerih penat melawan hawa' ,
terkadang tewas terkadang tumpas,
terkadang menang terkadang bahagia,
yang pasti dicelah itu ada bisikan derita,
bisikan sang tertutup yang membawa nestapa.

hati ini,
andai masa bisa diputar,
belum tentu kau yang dihantar,
boleh jadi ia lebih mencabar,
entah mekar entakan pudar,

hati ini,
andai bisa disuluh dengan lampu cahaya,
pasti perlu jutaan lampu untuk meneranginya,
ibarat gaung yang dalam sejauh mata memandang,
jauhnya hidayah itu hanya Tuhan yang tahu,
usaha mencari agar tak terus hanyut,
dalam zulumat yang tidak tuju.

hati ini,
jika kau tahu ia penuh keburukan dan keaiban,
nescaya ia tidak kau pandang,
tidak pula kau puja dan cinta,
lantaran sitrah belas kasih ihsan Robbi,
yang hina nampak mulia,
yang kejam nampak kemanusiaan,
yang jahat nampak baik,
aduhai dikau yang memandang,
pandanglah dengan hati nurani,
bukan dengan nafsu duniawi,
moga syukur itu dapat kau rasai,
betapa nikmat menjaga itu telah kau kecapi,
dan tidak sekali kau sesali,
hidayah Tuhanmu tetap dihati,
kerana aku hanya abduhnya,
bukanlah jaguh yang kau sangka.

hati ini,
diam itu bukan tidak peduli,
apatah lagi rasa membenci,
sekadar untuk memencil diri,
moga jadi pengubat hati,
lebih bersedia dikemudian hari.

hati ini,
rapuh jua bila tiba waktunya,
ingin saja diluah pada dunia,
bahawa engkau telah memilikinya,
lantas terfikir seketika,
apa lagi untukku yang tersisa?
jika dunia mengetahuinya.

hati ini,
penyeri hidup muda atau tua,
insyaAllah harapnya sampai ke sana,
negeri abadi kita bersua,
kekal tiada gelisah jiwa,
namun harga bukanlah semurah saga,
yang boleh dibeli dengan permata,
hanya taqwa itu pengikat jiwa,
Allahu robbi matlamat jua.

hati ini,
kalau bosan itu yang kau kata,
tiada arah untuk membela,
kerna kemampuan hanya seela,
bukan seekar seperti yang kau rasa.

hati ini,
sempurna tiada,
bukanlah pula cacat tak bernyawa,
adamu ku tahu nyata,
bagai adam rindukan hawa.

hati ini,
sesal dengan lalainya diri,
pada yang tahu betapa sakitnya hati,
lain yang diminta lain pula diberi,
akhirnya kecewa ratusan hati,
hanya kalimah wakil pengganti,
jutaan ampunan itu yang dicari.

hati ini,
setiap yang lahir itu fitrah,
sabda Nabi pembawa rahmah,
tiadalah diri tanpa diniyyah,
yang zahir itu sekadar fitnah,
sekadar beri jaminah ianya salamah,
padahal ia penuh sumpah seranah,
kalaulah tidak kerana hidayah,
gugur diri tidak payah,
bertemu denganmu jangan dikisah,
kerna adat air dengan air tanah dengan tanah.

hati ini,
air mata itu mudah benar tumpah,
bagai empangan tiada sudah,
jangan dilayan bisikan sampah,
kerana mahalnya engkau muslimah.

hati ini,
memburu itu fitrah,
takkan ada pada yang bernama fatimah,
kecuali ianya membawa rahmah,
bukan hina dirimu mencari,
bahkan telah tersedia pada gandingan yang mulia pekerti,
beruntunglah tangan siapa yang memiliki,
jadi penyeri suka racun berganti,
temanilah diri menuju Ilahi,
hingga sampai negeri abadi.

hati ini,
akan terus diam,
akan terus melihat,
akan terus mengejar,
akan terus mencinta,
akan terus segalanya,
jika pada diam itu ada redhaNya,
jika pada melihat saja itu ada rahmatNya,
jika pada mengejar itu ada ganjaranNya,
jika pada mencinta itu ada pahalaNya,
ya akan diteruskan segalanya,
justeru itu kuatlah dikau wahai hati,
tabahlah dikau wahai hati,
tenanglah dikau wahai yang berpekerti,
masanya tiba tak lama lagi,
entah esok,lusa atau sebentar lagi,
pada Allahu robbi berserah diri,
tiada kekuatan kecuali kekuatan Ilahi,
mohon tidak tersalah erti,
nukilan tulus dari hati,
yang lemah yang hina memohon erti,

wahai yang lembut hatinya,
wahai cahaya yang mengemudi,
akan datang pada mu si pemisah haq yang bathil,
si pemutus segala sesuatu,
sang cantik telah terbuku,
menjadi hiasan pelaminmu.


Aku tulis ni utk bakal isteri aku yg kini alhamdulillah dah jadi isteri aku. 

Sunday, June 21, 2015

Kerana pulut santan binasa. Kerana mulut di cawan.....

Pagi tu berlaku sedikit salah faham diantara falah dan isterinya. Muncung bukan main lagi si isteri. Jenuh falah mencari akal bagi memujuk semula isteri kesayangannya dunia akhirat itu. Ya dia akui memang perselisihan tu terjadi sebab salah dia. Biasa la lelaki. Kalau perempuan cakap tak mau maksudnya dia nak. Sukar kan nak faham perempuan. 

Falah di tempat kerjanya. Cuba menyibukkan diri. Tapi gagal. Hati teringat akan sang isteri. Angau mengalahkan pengantin baru. Padahal memang mereka pengantin baru. Usia perkahwinan yang sangat " baby" kalau ikut kiraan usia manusia. Baru 5 bulan berkahwin. 

Ada orang cakap patutnya baru kahwin mesti la 'sweet3' dan 'happy'. Kenapa nak gaduh masam muka? Sedang lidah lagikan tergigit. Inikan pula suami isteri. Adat resam asam garam perkahwinan begitu la gayanya. 

Sistem pesanan ringkas atau bahasa mudahnya 'sms' masuk yang ni sudah kali keempat dihantar falah. Tiada respon. Ligat jugak nak cari jalan ni. Jenuh kata loghat kedah. Falah meneruskan kerja di pejabat seperti biasa. 

Petang tu falah pulang dengan membawa balik pisang goreng dan pau. Kegemaran si isteri. Isterinya tidak bekerja lagi. Bukan tidak mahu tapi mahu menjaga makan minum keperluan si suami dan anak3.  Falah tidak pernah memaksa untuk tetap tinggal di rumah. Tapi sejak melahirkan anak kembar isterinya membuat keputusan mahu berhenti. Katanya "bukan abang tak mampu nak sara kami kan? Lebih pada mampu. Jadi baik saya berhenti jaga anak dan keperluan abang. "

"Assalamualaikum cik ainnurrr. Ohh cik ainnur. Eh salah puan ainnur.. Puan ainnurrr ohh puan ainnur." Jerit falah dari pintu masuk rumah. 
Bunyi orang memasak di dapur. Waktu berbuka lagi sejam. Falah lipat tangan baju kemejanya. Sambil menuju ke dapur diciumnya dulu anak kembarnya. Umar dan farhan. 
"Allahumma solli ala Muhammaddd" latah si ainnur bila falah menciut pinggang isterinya. Bibir dan jelingan tajam yang falah dapat. 
" ni saya ada bawak balik kuih pau inti kaya dengan pisang goreng kegemaran ain. " kadang3 abang kadang3 saya. Ainnur jadi pelik. Tapi dia hanya bahasakan dirinya ain dan memanggil suaminya dengan panggilan abang. Pernah dulu awal perkahwinan ainnur panggil falah dengan panggilan awak tapi ditegur oleh mama ainnur. Kurang manis katanya. Semenjak itu dia bahasakan abang kepada suaminya. 

"Amboiihh sedapnyaa bini abang masak. Masak apa ceq? Ohh tak mau jawab naa. Kerek seyhh. Ada apa abang boleh tolong? "

Ainnur menggeleng. 

Siap memasak juadah berbuka. Sambil menunggu di meja makan. Mereka berdua meluangkan masa membaca Al-quran. Azam mereka mahu khatam quran beserta makna terjemahan sekali. 5 minit sebelum azan falah berdoa dan diaminkan doa oleh ainnur. Berdoa sebelum berbuka antara salah satu waktu mustajab doa selain berdoa diantara azan dan iqamah, di hari jumaat, sewaktu bermusafir dan lain3 lagi. 

"Allahu Akbar Allahu Akbar!! " kedengaran azan maghrib berkumandang. 

Air masak diminum oleh ainnur sambil diperhati falah. Sengih kerang busuk. Macam mana sengih kerang busuk? Wallahu alam. Kurma disuap ke mulut ainnur. Kening diangkat. Hairan kenapa suaminya belum berbuka. Lalu falah minum air di tangannya. Tiba3 dahi berkerut. 

"Air ni tak rasa la. Mintak air ain sikit. "

Falah sedari tadi memerhatikan gelagat isterinya meminum air. Tahu dia dimana bekas letak bibir isterinya tadi. Lalu diletakkan ditempat yang sama. Mahu meniru tingkah baginda Sollallahu alaihi wasallam. 

"Haaa baru la manis sikit air ni. Air apa ni ain? Sedap lain macam la. Hehehe"

Ainnur yang melihat perbuatan suaminya itu tersenyum manis. Tahu benar si suami beriya3 memujuk. Walhal hatinya dari siang tadi lagi sudah sejuk. Saja mahu menguji. 

"Mengadakan abang ni. Air masak je pon." 
"Eh air masak pon kalau ain yang punya rasa macam air gula tauuuu"
"Haa tu nak bodek la tu kann"
"Ehee mana tau ni? Maafkan abang ya ain."
"Ain pon mintak maaf ya bang"
"Ye abang maafkan. Jadi kita seri kan sekarang? Service over. Kosongg kosong"
Sambil tiru suara pengadil. 
Ketawa kecil si ainnur melihat kelatah si suami. Perangai macam budak3. Padahal dah anak dua. 

Cerita tamat. 
Sekadar rekaan. 
Tiada kena mengena antara hidup dan mati. 

Moga ada pengajaran. Jangan dok tengok tang seronok ja. Suami isteri gaduh tu biasa. Suami kalau dengan isteri turunkan ego dan rendahkan diri seolah3 jadi macam budak3. Bergaul baik dengan isteri macam Nabi sollallahu alaihi wasallam ajaq kita. Tapi bila isteri perlukan kita masa tu kita jadi lelaki. Sebaik3 kamu ialah yang paling lemah lembut terhadap ahli keluarga kamu. 

Isteri pula dengan suami harus menjaga lidah dan tingkah laku. Suami ibarat raja. Syukuri apa yang suami beri dan syukuri apa yang suami mampu. Mentaati Allah dan Rasul ialah dengan mentaati suami dengan menjaga maruah diri, maruah suami dan harta benda suami. 

Wallahualam. 

Monday, June 15, 2015

Perbualan boss bersama pekerjanya mengenai Tuhan dan hari pembalasan.

Since that morning there's no peanut to sort so chris gave a permission to all his workers break for that day. 
So while  chris and his partner doing some paperwork one of his worker came to him to ask if anything he can help. But chris said dont worry there's nothing to do. Just sit down and watch. 
They started to have a conversation about the work. Hakem asked how did chris came out with this idea to make a peanut farm and something like that. There's no awkward situation between them. Seems like they knew each other before. Until they stop asking questions. Suddenly they feel awkward moment. 
To break that chris began to ask something more deep to Hakem. 
" how do you think about God? Is He really real or its just your imagination or something like fake hope?"
Hakem was startled. He didn't expect that his boss chris would have question like that. Deeply exhale hakem answers slowly. 
"He is real. Allah is real. Just you can't see Him with your naked eyes. His is not that you called fake hope. Fake hope is just same as there's no hope. " short but still not enough to make chris satisfied. 
"You don't make it more clear. What proves do you have to make me feel better? Asked him. 
"I can give anything to show you that Allah is real but can you accept it? Or you just like oh yeah bla bla bla and never believe in that. Right? "
"Let say that this world is one of the prove that God is real. Let say that all the creation is the prove that He is real. Can you accept that? " 
"It doesn't make sense. We know that the world is being created by a Big Bang theory. And so the whole universe and the trees the mountains all the birds everything was created by that right?"chris answered. "Don't ask me dude. I'm the one that should have the answer. So how do you know that the world and the universe is created by the big bang theory? Are you there by that time? Let me make this simple okay. What if I want to make some fishing nets. And I have all the thing. But the only problem is that I don't know how to make it. So one day I ride a motorcycle to see if someone could make it for me. On my way to that place accidentally my bike was hit by a car. Lucky I don't have any injuries but what makes me so shocked is my stuff to make a fishing nets is all been created. Did you get it chris? It doesn't make sense if you want to build up something you can do it by throwing the stuff to each other and done. So how can the world and the universe is just like that? There's must be someone who has the greatest power and who doesn't need any help or partner to create all of these. Right. So surely He is our God Allah. It's been like what two thousand years and still we're still being a human. Not some kind of alien with four five hands and can fly. Right. So logically the theory of evolution is such a  weak thought and unacceptable for those who have the clearly mind like you and me. 
"Wait a sec, I still don't get it. Why we need a God if you and I can be what we want to be. Just put our best to get the best result. Let say we couldn't get it so what? Try it again another time. As long as we put our efforts. Things can be done. We grow up and make a life and grow old and die and that's the end. Bam !! Full stop. Nothing more. " 
"Oh is that you called a life? So you grow up and get older and died and there's nothing after that? 
I'm gonna give you another example. Okay, imagine we both in school. We learned we played we earned something valuable and do some stupid things. Just like the other schools, we also need to get into examination by the end of the year. The teacher told us to do what we want to do but do remember we must study and read so we can pass the exam. 
Okay let us use your theory chris. You guys believe that in the end of the life we all gonna die and that's end just like that. Okay I agree we're all going to die. Let say in our school in the end of the year there's no such thing as an examination. Yes yet it still have to end so we can go to another level. Right, some of the students still wanna read and do some homework although it is not for exam but for their own knowledge. To add some information about this and that. That's all. And some other students never do the reading and always fooled around. By that time the school end and everyone makes their own way to go another level. The question is are those who have read the book is useless because there's no exam? The answer is no. It's for their own business and knowledgeable. 
Now that's your perception chris. Let use mine. What if in the end of the year we all have to take the exam? Some of us knew that at the end of the year there's an exam and some of the students doesn't really care about it. And some of the students who knows but yet still arrogant and believe there's no exam. For those who believe, they decided to read and study. For those who doesn't care they still live their life like that without studying. And for those who knew and yet arrogant also not doing anything for their own lives. So by that time the end of the year is coming. Suddenly one morning there's one announcement. All the bags and books must be put outside of the class. No excuses. Now chris let me ask you something. Do you have any idea what's going to happen to them? I mean the students who really studied, and those who don't? You know the answer. 

That is same as us right now. You know deep down inside in your heart there must be one creator who created all of this. But yet you still arrogant. And the other they don't really care about it. And the last one is my side who knows about the end of the our day. And there will be a judgement day or punishment day to be granted or to be punished. Am I gonna lose if in the end of the world there's no judgement day? No chris. At least we've been ready. But if otherwise? You should know what's better. " oh God now it almost dinner time. It's my turn to cook. Hopefully this conversation will be some kind a useful to give you more details about ourselves God and the last day. Should be going now. Bye chris. "

Chris is still staring at Hakem with thousands question in his head. Feeling like someone has knocked his heart. Such a burden to bear. But at least he knows that the boy really give him something today. He smile and say " until next time". 

Maaf bahasa inggeris ku kurang sempurna. Harap sampai kot maksud kat hampa semua. InsyaAllah. 

Thursday, June 11, 2015

Dendam tok itam bahagian 2. 

Di kampung maya sekupang terkenal dengan nama darus dan itam. Mereka bersahabat baik sedari kecil. Membesar dalam suasana kampung yang aman damai. Tanpa memikirkan masalah dunia. Alam kanak-kanak yang berwarna-warni walaupun tiada gajet hebat seperti zaman sekarang. Sama-sama belajar mengaji. Demi waktu berganjak, menginjak ke alam remaja mengajar mereka apa itu dunia sebenar. Tidak seindah yang disangka. Hak dan batil tidak akan bersatu selamanya. Baik lawannya jahat. Pahala lawannya dosa. Benar lawannya dusta. Jujur lawannya khianat. Kuat lawannya lemah. Menyedari hakikat itu darus dan itam mencari guru untuk memdidik diri. Agar tidak terperangkap dengan dunia fana. Dari ilmu persilatan hinggalah ilmu agama. Saling berlumba untuk menjadi yang terbaik. Untuk menjadi seperti kehendak agama. Namun hakikatnya hidup ini bukan semua sama. Ujian yang Allah beri hanya bersesuaian dengan kemampuan hambaNya itu. Tidak lebih tidak kurang. Begitulah yang berlaku kepada darus dan itam. Tidak terlepas daripada ujian Tuhan. Nyata dalam ilmu persilatan itam lebih menguasai dan lebih handal bersilat. Hinggakan tok guru silat mengakui kehebatan itam kerana mampu menguasai ilmu yang diajar dengan cepat. Jika tok guru uzur maka yang akan menggantikan mengajar ialah itam. Orang kampung menggelarnya sebagai orang kanan guru silat.  Berbanding dengan darus pula ilmu silat yang dipelajarinya hanya sekadar untuk keselematan diri dan keluarga. Tidak sehebat itam tapi mampu menumbangkan lawan jika terdesak. Berlainan pula dengan ilmu agama. Darus lebih cepat faham akan ilmunya. Ilmu akidah fiqh dan tasawwuf dikuasai darus dengan mudah. Hingga penduduk kampung memanggilnya dengan gelaran ustaz darus walaupun baru berusia belasan tahun. Manakala itam ilmu agamanya tidak semantap darus. Itam sedikit lambat untuk mengingat dan menghafal butir-butir ilmu tersebut. Baginya hanya cukup sekadar fardhu ain saja. Yang selebihnya tidak perlu. Atas dasar itu itam dilihat kurang cermat dalam urusan agama. Sementelah itam jugak mempunyai sikap agak mudah melatah dab sesuatu hal. Perangai barannya yang mudah benar meletus menjadikannya kurang disenangi masyarakat setempat. Mereka lebih takut kepadanya berbanding hormat. Difikiran mereka itam orang yang hebat dalam silat. Bila-bila masa saja boleh jatuhkan sesiapa yang dia kehendaki. Memiliki sikap yang tenang dalam membuat keputusan dalam apa jua situasi, selayaknya darus lebih disenangi mereka. Menghormati darus bagaikan orang yang sudah dewasa gayanya. Pemikirannya jauh melangkau batas umurnya. Itam pada mulanya tak mahu ambil kisah, tapi bisikan halus yang mula mengotori jiwa yang masih suci mula memainkan peranan. Hari demi hari bisikan halus itu mencuba pelbagai helah. Ada hari itam tewas. Ada hari dia kembali menguasai bisikan itu. Sehingga suatu petang di pondok tempat itam selalu melepak terdengar suara memintak tolong. 

"Tolonggg!! Tolonggg!!" Itam tanpa teragak-agak terus berlari menuju ke arah suara meminta tolong tadi. Itam dapati suara itu ialah milik salah seorang jiran berdekatan dengan pondok dia berehat tadi. Dengan nafas yang tercungap-cungap itam bertanya kepada pak sidek akan hal yang berlaku. "Apa halnya ni pak sidek? Ada apa sampai terpekik macam ayam nak bertelur?" "Anak aku..anak aku tu haa.. Ntah la kenapa dengan dia. Aku rasa dia kena rasuk kot. " terang pak sidek. "Apa boleh saya tengok keadaan anak pak sidek tu?" Pinta itam. " ya masuklah tengok. " pendek jawapan pak sidek. Sementara itu pak sidek cuba memanggil tok imam yang juga guru agama kepada darus dan itam. Dalam rumah pak sidek hanya tinggal isteri pak sidek dan anaknya yang sedang dirasuk itu. Itam cuba menenangkannya. "Mak cik pegang tangan leha ni. Saya akan bacakan ayat untuk halau makhluk halus ni. " arah itam. "Terkumat kamit membaca ayat kursi  dengan mata terpejam itam membuka sebelah mata untuk melihat apakah ada hasil. Namun usahanya tidak berkesan. Itam mengeluh pendek. "Aku tengok tok guru buat  kat orang selalunya menjadi. Kenapa bila aku buat tak jadi?" Bisik itam dalam hati. Tak lama kemudian datang orang kampung ke rumah pak sidek. Oleh kerana masyarakat maya sekupang ini amat mengambil berat antara satu sama lain makanya berita mengenai anak pak sidek si leha yang dirasuk begitu cepat tersebar. Gempak seketika. Boleh dikatakan bagai ada menteri yang turun ke kampung jika melihatkan orang ramai yang hadir. Walaupun jumlah penduduk kampung hanya sekitar 100 orang dan boleh dianggap kecil saja jumlah ini namun  inilah hasil didikan yang telah tersemat dihati mereka akan sifat tolong menolong dan saling mengambil berat masalah jiran, telah menjadikan kawasan rumah pak sidek sesak dengan orang ramai. Mahu tahu apa yang berlaku. Kebetulan tok imam selaku tok guru kepada itam dan darus tiada kerana keluar bermusafir ke negeri lain berikutan ada kerja yang perlu diselesaikan maka hanya darus saja pemuda yang paling baik ilmu agama serta akhlaknya. Makanya dipinta darus saja yang menyelesaikan masalah itu. Darus berfikir sejenak. Diam. Suasana yang tadinya riuh dengan suara manusia kembali sunyi. Seolah rumah pak sidek hanya ada tuan rumah itu saja. Setelah bertafakur darus bersuara. "InsyaAllah saya cuba ikhtiarkan. " pendek. "Mohon beri laluan kepada saya. " pinta darus untuk masuk kedalam rumah. "Bukak-bukak jalan semua. Bagi ustaz muda kita ni masuk. " arah salah seorang penduduk. 
Darus duduk dengan duduk diantara dua sujud. Tangan kanan atas paha kanan. Tangan kiri atas paha kiri. Matanya merenung tajam kepada leha. Leha sedari tadi masih meracau. Merapu dan terkadang ketawa sendirian. Suaranya bertukar garau sekali. Lain benar dengan suara asal leha yang lemah lembut. "Mak cik saya mohon mak cik pakaikan tudung kepada leha. " arah darus. Mulutnya kemudian kedengaran ayat kursi dan ruqyah yang dipelajari daripada tok gurunya. Perlahan tapi mampu didengari semua yang berada di situ kerana semua dalam keadaan diam memerhati. Leha mengelupur. Nampak seperti dia berada dalam keadaan panas sekali. Mata tajam yang berwarna merah merenung darus. Muka leha pucat lesu. Seolah tiada darah diwajahnya. "Kau mau apa? Kau siapa?! Aku tak kacau kau!! Jangan kacau aku! " bunyi suara garau yang keluar daripada mulut leha. "Aku hamba Allah. Kau juga hamba Allah. Kita tiada beza. Hanyasanya ialah iman dan taqwa. Apa kau beriman sama seperti ku? " jawab darus. 'Leha' masih diam. Diamnya sambil merengus kasar. Seolah tidak puas hati dengan darus. "Aku buat kerja aku. Jangan halang aku. " jawab suara garau. "Siapa arahkan kau ? Siapa tuanmu? Kenapa perlu kau kacau anak adam ? " soal darus lagi. Masih bernada lembut tapi tegas bunyinya. "Apa mau kalau kuajarkan padamu islam? InsyaAllah mudah-mudahan kau dan aku terlepas daripada azab neraka jika kita berTuhankan Allah. " seru darus. "Tidakkkk..!!! Tidakk!!! Jangan kacau akuu!! Suara garau itu betul-betul kuat didengari oleh semua yang hadir. Manakan mungkin suara perempuan menjadi segarau itu. Darus tidak berhenti membaca ruqyah. Tangannya mula memainkan peranan. Jari telunjuknya dihalakan kepada pemilik suara garau tadi. "Aku beri amaran padamu agar keluar daripada tubuh yang tidak berdosa ini. Jika kau enggan dengan izin Allah Tuhan langit dan bumi Tuhan semesta alam yang menciptakan aku dan kau akan ku bakar tubuh badanmu itu". Tegas darus. Tanpa jawapan daripada tubuh itu hanya kedengaran dengusan kasar. Diulangi sehingga 3 kali seruan tadi. Tiada jawapan. Dengan azam tekad darus membaca ruqyah untuk tujuan 'membunuh' makhluk tadi. Akhir ayat ruqyah tersebut darus mengisyaratkan jari telunjuknya ke arah leher leha seolah menyembelih makhluk tadi. Satu pekikan yang amat kuat keluar daripada batang tubuh leha sekaligus menyebabkan semua terperanjat melihat adegan begitu. Berkerut dahi itam melihatkan kemampuan darus menghalau makhluk tadi. Batang tubuh leha kembali lemah dan terbaring tidak sedarkan diri. Wajahnya kembali 'berdarah' semula. Peluh keringat membasahi wajah leha. Nampak kepenatan dan peritnya jelas terzahir. Darus kembali membaca ruqyah dan ayat quran untuk mengembalikan kekuatan kepada leha. Seminit berlalu leha kembali sedarkan diri. Air yang telah siap dibacakan ayat quran dan ruqyah diberi kepada leha. "Mak cik , bagi leha minum air ni ya. InsyaAllah saya dah cuba sedaya yang mampu. " pesan darus. Lalu darus bangun berdiri. Merenung penduduk kampung seraya berpesan" ketahuilah yang menyembuhkan yang menghalau dan juga yang mematikan makhluk halus tadi hanyasanya dengan izin Allah taala. Ingatlah bahawasanya bersekongkol dengan jin dan syaitan itu adalah syirik. Allah akan mengampunkan dosa kita yang lain jika Dia berkehendak tapi bukan kepada kesyirikan kepadaNya. Saya yakin yang penduduk kampung maya sekupang bukanlah termasuk daripada golongan yang Allah murkai. InsyaAllah saya dan beberapa orang kampung yang lain akan menyiasat perkara ini." Panjang pesanan darus. Seraya menyambung. "Memandangkan waktu maghrib hampir tiba. Ayuh kita semua ke surau kita. " 

Bersambung insyaAllah. 

Thursday, May 14, 2015

Dendam tok itam bahagian 1

Dendam tok itam. 

"Yeaahhh... Yeaahhh...!! Huh !! Bertubi-tubi tikaman keris yang berada ditangan kanan usman dilepaskan tepat ke dada tok itam. Namun serangan demi serangan itu tampak tumpul sekali bagai anak kecil yang menggigit jari bapanya tanpa gigi. Begitulah yang dirasakan tok itam sambil tersenyum walaupun dalam masa yang sama berusaha menepis serangan demi serangan daripada usman. Usaha usman dilihat bagai tiada hujungnya. Peluh makin laju mengalir membasahi dahi. Menjadikan baju t-shirt yang dipakainya basah dibahagian belakang dan dada bidang usman. Usman menapak sedikit kebelakang mencari nafas baru. Tektikal baru harus dicari fikirnya. 

Sementara itu tok itam dengan senyuman yang masih tersisa menyapu kesan tikaman keris usman. Ada kesan lubang-lubang dibahagian dada dan seluruh perut. Budak hingusan ini bukan calang-calang. Walaupun tidak memberikan kesan luka atau berdarah namun rasa seolah-olah pedih itu tetap ada. Tok itam mencarikkan baju lusuh yang dipakainya. Tok itam tak ubah kelihatan seperti pahlawan zaman dahulu kala dengan baju silat berwarna hitam itu. Ditambah dengan selendang kuning di bahu. Baju yang koyak rabak itu direntap tok itam. Terserlah badan kekar tok itam. Melihat pada usia beliau yang berumur 90 tahun mustahil untuk kekal tegap dan tegak  begitu. Tapi itulah hakikatnya pada mata kasar. Hanya yang dibukakan hijab oleh Allah saja yang mampu melihat sosok tubuh sebenar tok itam. Usman adalah salah seorang yang diberikan kelebihan itu. Beliau tahu siapa tok itam dan apa aktiviti tok itam di kampung maya sekupang itu. Kini hanya tinggal seluar lusuh hitam ditubuh tok itam. Badannya yang berlubang dilihat usman bagaikan mengeluarkan butiran pasir halus yang keluar dari lubang-lubang kecil tadi. 

Dalam surau usang itu hanya tinggal usman dan tok itam. Manakala zaid, aziz dan bakri telah berada di luar surau. Mereka tidak mampu untuk menolong usman bagi menentang tok itam yang mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa bagi seorang manusia. Hafizah yang sedang terbaring di suatu sudut di dalam surau dilihat masih tidak sedarkan diri akibat terkena pukau daripada pengikut tok itam. "Saga , pagan cepat amik budak perempuan ini. Aku perlukan dia untuk upacara kita nanti !!. Arah tok itam kepada pengikutnya. "Baik tok itam" serentak mereka membalas. Terhegeh-hegeh pagan dan saga  mencari waktu yang sesuai untuk menculik hafizah daripada pandangan usman. "Zaid...!! Aziz...!! Bakriii...!!! Hangpa jaga sama !! Jangan sampai depa dua dapat hafizah.!! " tegas arahan usman. "Ini yang kau nak tengok kan budak? Nah tengok ni puas-puas." Jerkah tok itam kepada usman. Lalu tubuh tok itam perlahan-lahan bertukar menjadi pasir yang mengeluarkan bau yang amat busuk dan meloyakan. Usman menutup mulut menggunakan tangan kirinya. Matanya tajam tetap ke arah tok itam. Masih menunggu adegan seterusnya. Habis seluruh badan menjadi pasir dengan tiba-tiba bagaikan ada angin yang meniup pasir di tubuh tok itam dan berterbanganlah tubuh tok itam tadi menghilang dibawa angin. Yang tinggal hanya sisa baju dan seluar hitam yang lusuh serta cebisan kulit-kulit mati bagaikan kulit mayat yang mereput. Terlopong usman melihat aksi tersebut sambil beristighfar "astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azimmm. "Celaka apakah yang telah menimpa kampung ini. Sementara usman terkesima dalam kejadian tok itam hilang dibawa angin pagan dan saga dalam diam mengangkat hafizah yang masih dalam pengsan keluar daripada surau. Mereka lari melalui pintu surau yang satu lagi dibahagian tempat imam memimpin solat. "Lariiiii..lariii cepat sagaaa..!!" Jerit pagan. Saga yang memikul hafizah dibekalang bahunya kelihatan agak sedikit lambat berbanding pagan. "Sabar laaa aku bawak budak perempuan ni. Mana boleh laju-laju macam kau bedebah.!" Balas saga agak berang. Selalunya saga yang sentiasa menjadi mangsa buli pagan jika tok itam memerintahkan mereka maka sagalah yang akan membuat semua kerja itu. 

Usman perasan ada sesuatu yang tidak kena. Seraya berpaling ke arah tempat hafizah berbaring tadi. "Aku dah agak dah. Mesti depa dah culik hafizah. " sepantas kilat meluru keluar mencari kelibat mereka sambil menjerit memanggil kawan-kawannya. "Zaiiid...depa dah lari bawak hafizah.,!!  Bakriii.. Hang dengan aziz pi tengok belah depan ada nampak depa tak.. Pi sekarang.!" 

Di suatu tempat berpaya dan berselut kelihatan lembaga yang hodoh rupanya sedang berdiri tegak. Selut dan tanah liat yang berpaya itu meresap melalui kaki terus naik ke badan hingga kepala. Dalam beberapa minit sempurna sudah kejadian lembaga itu. Tok itam kembali menyeringai. Mata liar dengan hembusan nafas yang keras mencari kelibat kalau-kalau dia diekori usman. Dalam masa yang sama matanya melilau mencari anak buahnya si pagan dan saga. "Apa la yang dorang buat lama sangat tu. tugas mudah macam tu pon lembab. Itu pon jangan, ada hati nak jadi orang kanan aku." Bebel tok itam sendirian. Mulut beliau kembali terkumat kamit membaca jampi serapah yang tidak jelas. Bercampur baur dengan bahasa melayu dan bahasa asing. Setelah selesai "berzikir" kelihatan asap hitam keluar daripada badan tok itam dan menandakan tubuhnya kembali pulih. Barulah dia sedari bahawa usman bukan calangan manusia. Hanya yang berilmu saja mampu bertindak seperti usman. Jika  membaca fatihah masih lagi salah sebutan jangankan menikam ,untuk bertemu mata jauh sekali. Jelas di sini bahawa betapa pentingnya membetulkan bacaan fatihah kerana ianya bukan saja ummul kitab atau ibu al quran bahkan tidak sah solat tanpa membaca fatihah. Tok itam tahu yang usman merupakan salah seorang cucu kepada tok darus. Seorang yang taat kepada Allah dan rasul sollallahu alaihi wasallam. Dikurniakan  tok darus ilmu dunia dan akhirat. Mampu mematahkan sihir dan dikatakan orang kampung tok darus jugak seorang wali kerana akhlaknya yang  baik persis mencontohi akhlak Nabi. Tok itam amat dengkikan sahabatnya itu kerana orang kampung amat menyenangi tok darus berbanding dirinya. Kerana sifat dengki, hasad dan dendam yang membara tok itam akhirnya keluar daripada kampung untuk menuntut ilmu. Ilmu yang bagi dirinya tiada yang mampu melawan. Sihir. Ya sihir. Baginya hanya dengan keajaiban dan pertolongan syaitan iblis dan jin sajalah dia mampu menarik kembali perhatian orang kampung. 

Siapa guru tok itam dan bagaimana beliau menjadi hebat seperti sekarang? Apakah nasib hafizah ditangan pagan dan saga? 
Adakah usman dan kawan-kawan mampu melawan tok itam? Semua itu akan terjawab dalam bahagian seterusnya InsyaAllah. Mohon doanya. 


Saturday, March 21, 2015

Suami lega bila saya bertudung.

Sepatutnya begitu la yang wajib ke atas para wanita khususnya isteri jika betui mahu si suami masuk ke syurga tanpa diheret ke neraka. 

Tahniah diucapkan kepada para wanita khususnya isteri3 yang telah berjaya menutup aurat rambut dan tubuh badan dengan sempurna. 

Bagi yang masih belum mampu sebenarnya jauh disudut hati mereka amat tau bahawa aurat tu wajib ditutup. Bahkan daripada kecik lagi tau. Cuma atas macam3 alasan dan kepentingan tuntutan agama ni diketepikan. 

Contohnya kita amik artis di malaysia, ramai yang tau aurat tu wajib ditutup dan ini adalah perintah Allah. Tapi disebabkan nak jaga periuk nasik seperti tawaran berlakon atau menyanyi mereka sanggup ketepikan hak Allah ni. 

Ini semua berpunca daripada kurangnya ilmu agama dan pendedahan tentang agama. Pendek kata diri mereka sendiri yang tak mau belajar. Dari awal lagi rezeki yang mereka dapat sebenarnya tak membawa keberkatan. Ya kita tak nafikan hasil berlakon atau menyanyi kadang3 tu memang banyak. Perlu juga kita tau yang banyak tak semestinya berkat. Tapi kalau berkat tak kira sikit atau banyak kita akan rasa cukup dan puas. 

Tu bagi yang tau hukum wajib tutup aurat. Bagi yang tau tapi buat tak endah pula?? Kena tepuk dada tanya iman masing3. Bukan tanya selera lagi. Sebab kalau tanya selera, makanya nafsu tidak akan pernah puas. 

Bagi artis yang sudah bersuami rata3 masih ramai tak menutup aurat. Sebab3nya sudah dinyatakan di atas. Kalau la mereka tau yang azabnya suami menanggung dosa dan amal kerja mereka tentu mereka akan menutup aurat bahkan silap3 mereka berhenti menjadi pelakon. 
Adakah islam melarang hiburan? Tentu sekali tidak. Islam meraikan hiburan bahkan islam itu sendiri suatu "hiburan" bagi yang betul3 memahami agama suci ini. 

Sampai satu tahap bila kita letih dan jemu dalam buat ibadat maka dibolehkan kita mendengar lagu3 yang tidak bawak kepada lalai dan menonton rancangan tv. Dan semua itu tidak lepas daripada landasan islam. Lagu yang macam mana dan rancangan yang macam mana itu semua islam dah susun dan atur. 

Wanita kalau nak menyanyi jugak mestilah yang mendengar itu wanita jugak. Walaupun berlaku perselisihan pendapat yang mengatakan suara wanita itu aurat atau tidak namun sebaik3nya jika kita amik pendapat yang selamat iaitu suara itu aurat jika dilenggokkan dengan lenggokan yang boleh mengundang dan menaikkan nafsu syahwat. 

Itu baru suara. Apatah lagi jika seseorang wanita itu memperagakan tubuh badan dilayarperak?? Bagi yang belum bersuami ayah3 mereka akan menanggung dosa mereka. Bagi yang sudah bersuami plak akan ditanggung sepenuhnya oleh si suami tadi. Jika suami sudah melarang maka suami tadi telah terlepas daripada tergolong dalam golongan dayyus. Tau tak apa itu dayyus? Itulah golongan yang tidak dapat masuk ke syurga. Membiarkan anak isteri melakukan dosa maksiat seperti mendedahkan aurat dan melakukan perbuatan keji yang lain. 

Kenapa dalam entri kali ni saya tekankan kepada artis? Sebab bagi masyarakat kita khususnya di malaysia artis ialah "public figure" yang mana masyarakat melihat dan menjadikan mereka sebagai idola dan sanjungan. Benar sekali dengan Hadis Nabi kita sollallahu alaihi wasallam. Mafhumnya di akhir zaman itu nanti para artis disanjung3 dan para ulama dipinggirkan bahkan dihina. Nampak tak??

Jadi bila kata public figure maka sepatutnya gunakan peluang ini untuk tunjuk akhlak yang baik bagi masyarakat. Walaupun kita tau tak da yang lebih utama untuk kita contohi dan teladani akhlak mulia selepas Nabi dan Rasul ialah para ulama namun saya kira masih ada artis yang masih baik akhlaknya untuk diteladani. 

Apa penyelesaiannya? Tidak dapat tidak kot mana pon kita dan para artis wajib kembali kepada islam. Kalau mahu berseni maka bersenilah menggunakan landasan islam. Menutup aurat dengan sempurna. Saya tak rasa yang seseorang artis wanita itu jika mahu melakonkan watak seorang isteri perlu memeluk dan melakukan aksi manja sebagai tanda ia seorang isteri. Cukup hanya dengan menutup aurat dan menggunakan kaedah seperti kamera trick dan penonton serba tau bahawa watak itu seorang isteri kepada suaminya. Dan mesej yang nak disampaikan tu dah jelas. 

Bagi penyanyi wanita plak  jika nyanyian itu secara langsung maka tidak dapat tidak hanya wanita saja yang boleh mendengarnya. Dan seboleh3nya perlu dikurangkan pencarian bakat wanita dalam seni nyanyian. Adakah islam begitu kejam?? Tidak bahkan islam begitu menjaga dan meletakkan status wanita itu di tempat yang mulia dan tinggi. Dan kerana itulah suara lunak hanya boleh didengari oleh si suami anak3 dan yang yang mahram dengannya. 

Akhir sekali dengan terus menuntut ilmu agama khususnya maka para artis akan dapat kembali berpegang dengan tali Allah. Jika tiada kesedaran diri untuk mencari ilmu maka tidak ada yang dapat menyelamatkan mereka dari terus bergelumang dalam dunia fitnah ini. 

Wallahualam.