Pagi tu berlaku sedikit salah faham diantara falah dan isterinya. Muncung bukan main lagi si isteri. Jenuh falah mencari akal bagi memujuk semula isteri kesayangannya dunia akhirat itu. Ya dia akui memang perselisihan tu terjadi sebab salah dia. Biasa la lelaki. Kalau perempuan cakap tak mau maksudnya dia nak. Sukar kan nak faham perempuan.
Falah di tempat kerjanya. Cuba menyibukkan diri. Tapi gagal. Hati teringat akan sang isteri. Angau mengalahkan pengantin baru. Padahal memang mereka pengantin baru. Usia perkahwinan yang sangat " baby" kalau ikut kiraan usia manusia. Baru 5 bulan berkahwin.
Ada orang cakap patutnya baru kahwin mesti la 'sweet3' dan 'happy'. Kenapa nak gaduh masam muka? Sedang lidah lagikan tergigit. Inikan pula suami isteri. Adat resam asam garam perkahwinan begitu la gayanya.
Sistem pesanan ringkas atau bahasa mudahnya 'sms' masuk yang ni sudah kali keempat dihantar falah. Tiada respon. Ligat jugak nak cari jalan ni. Jenuh kata loghat kedah. Falah meneruskan kerja di pejabat seperti biasa.
Petang tu falah pulang dengan membawa balik pisang goreng dan pau. Kegemaran si isteri. Isterinya tidak bekerja lagi. Bukan tidak mahu tapi mahu menjaga makan minum keperluan si suami dan anak3. Falah tidak pernah memaksa untuk tetap tinggal di rumah. Tapi sejak melahirkan anak kembar isterinya membuat keputusan mahu berhenti. Katanya "bukan abang tak mampu nak sara kami kan? Lebih pada mampu. Jadi baik saya berhenti jaga anak dan keperluan abang. "
"Assalamualaikum cik ainnurrr. Ohh cik ainnur. Eh salah puan ainnur.. Puan ainnurrr ohh puan ainnur." Jerit falah dari pintu masuk rumah.
Bunyi orang memasak di dapur. Waktu berbuka lagi sejam. Falah lipat tangan baju kemejanya. Sambil menuju ke dapur diciumnya dulu anak kembarnya. Umar dan farhan.
"Allahumma solli ala Muhammaddd" latah si ainnur bila falah menciut pinggang isterinya. Bibir dan jelingan tajam yang falah dapat.
" ni saya ada bawak balik kuih pau inti kaya dengan pisang goreng kegemaran ain. " kadang3 abang kadang3 saya. Ainnur jadi pelik. Tapi dia hanya bahasakan dirinya ain dan memanggil suaminya dengan panggilan abang. Pernah dulu awal perkahwinan ainnur panggil falah dengan panggilan awak tapi ditegur oleh mama ainnur. Kurang manis katanya. Semenjak itu dia bahasakan abang kepada suaminya.
"Amboiihh sedapnyaa bini abang masak. Masak apa ceq? Ohh tak mau jawab naa. Kerek seyhh. Ada apa abang boleh tolong? "
Ainnur menggeleng.
Siap memasak juadah berbuka. Sambil menunggu di meja makan. Mereka berdua meluangkan masa membaca Al-quran. Azam mereka mahu khatam quran beserta makna terjemahan sekali. 5 minit sebelum azan falah berdoa dan diaminkan doa oleh ainnur. Berdoa sebelum berbuka antara salah satu waktu mustajab doa selain berdoa diantara azan dan iqamah, di hari jumaat, sewaktu bermusafir dan lain3 lagi.
"Allahu Akbar Allahu Akbar!! " kedengaran azan maghrib berkumandang.
Air masak diminum oleh ainnur sambil diperhati falah. Sengih kerang busuk. Macam mana sengih kerang busuk? Wallahu alam. Kurma disuap ke mulut ainnur. Kening diangkat. Hairan kenapa suaminya belum berbuka. Lalu falah minum air di tangannya. Tiba3 dahi berkerut.
"Air ni tak rasa la. Mintak air ain sikit. "
Falah sedari tadi memerhatikan gelagat isterinya meminum air. Tahu dia dimana bekas letak bibir isterinya tadi. Lalu diletakkan ditempat yang sama. Mahu meniru tingkah baginda Sollallahu alaihi wasallam.
"Haaa baru la manis sikit air ni. Air apa ni ain? Sedap lain macam la. Hehehe"
Ainnur yang melihat perbuatan suaminya itu tersenyum manis. Tahu benar si suami beriya3 memujuk. Walhal hatinya dari siang tadi lagi sudah sejuk. Saja mahu menguji.
"Mengadakan abang ni. Air masak je pon."
"Eh air masak pon kalau ain yang punya rasa macam air gula tauuuu"
"Haa tu nak bodek la tu kann"
"Ehee mana tau ni? Maafkan abang ya ain."
"Ain pon mintak maaf ya bang"
"Ye abang maafkan. Jadi kita seri kan sekarang? Service over. Kosongg kosong"
Sambil tiru suara pengadil.
Ketawa kecil si ainnur melihat kelatah si suami. Perangai macam budak3. Padahal dah anak dua.
Cerita tamat.
Sekadar rekaan.
Tiada kena mengena antara hidup dan mati.
Moga ada pengajaran. Jangan dok tengok tang seronok ja. Suami isteri gaduh tu biasa. Suami kalau dengan isteri turunkan ego dan rendahkan diri seolah3 jadi macam budak3. Bergaul baik dengan isteri macam Nabi sollallahu alaihi wasallam ajaq kita. Tapi bila isteri perlukan kita masa tu kita jadi lelaki. Sebaik3 kamu ialah yang paling lemah lembut terhadap ahli keluarga kamu.
Isteri pula dengan suami harus menjaga lidah dan tingkah laku. Suami ibarat raja. Syukuri apa yang suami beri dan syukuri apa yang suami mampu. Mentaati Allah dan Rasul ialah dengan mentaati suami dengan menjaga maruah diri, maruah suami dan harta benda suami.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment