Thursday, June 11, 2015

Dendam tok itam bahagian 2. 

Di kampung maya sekupang terkenal dengan nama darus dan itam. Mereka bersahabat baik sedari kecil. Membesar dalam suasana kampung yang aman damai. Tanpa memikirkan masalah dunia. Alam kanak-kanak yang berwarna-warni walaupun tiada gajet hebat seperti zaman sekarang. Sama-sama belajar mengaji. Demi waktu berganjak, menginjak ke alam remaja mengajar mereka apa itu dunia sebenar. Tidak seindah yang disangka. Hak dan batil tidak akan bersatu selamanya. Baik lawannya jahat. Pahala lawannya dosa. Benar lawannya dusta. Jujur lawannya khianat. Kuat lawannya lemah. Menyedari hakikat itu darus dan itam mencari guru untuk memdidik diri. Agar tidak terperangkap dengan dunia fana. Dari ilmu persilatan hinggalah ilmu agama. Saling berlumba untuk menjadi yang terbaik. Untuk menjadi seperti kehendak agama. Namun hakikatnya hidup ini bukan semua sama. Ujian yang Allah beri hanya bersesuaian dengan kemampuan hambaNya itu. Tidak lebih tidak kurang. Begitulah yang berlaku kepada darus dan itam. Tidak terlepas daripada ujian Tuhan. Nyata dalam ilmu persilatan itam lebih menguasai dan lebih handal bersilat. Hinggakan tok guru silat mengakui kehebatan itam kerana mampu menguasai ilmu yang diajar dengan cepat. Jika tok guru uzur maka yang akan menggantikan mengajar ialah itam. Orang kampung menggelarnya sebagai orang kanan guru silat.  Berbanding dengan darus pula ilmu silat yang dipelajarinya hanya sekadar untuk keselematan diri dan keluarga. Tidak sehebat itam tapi mampu menumbangkan lawan jika terdesak. Berlainan pula dengan ilmu agama. Darus lebih cepat faham akan ilmunya. Ilmu akidah fiqh dan tasawwuf dikuasai darus dengan mudah. Hingga penduduk kampung memanggilnya dengan gelaran ustaz darus walaupun baru berusia belasan tahun. Manakala itam ilmu agamanya tidak semantap darus. Itam sedikit lambat untuk mengingat dan menghafal butir-butir ilmu tersebut. Baginya hanya cukup sekadar fardhu ain saja. Yang selebihnya tidak perlu. Atas dasar itu itam dilihat kurang cermat dalam urusan agama. Sementelah itam jugak mempunyai sikap agak mudah melatah dab sesuatu hal. Perangai barannya yang mudah benar meletus menjadikannya kurang disenangi masyarakat setempat. Mereka lebih takut kepadanya berbanding hormat. Difikiran mereka itam orang yang hebat dalam silat. Bila-bila masa saja boleh jatuhkan sesiapa yang dia kehendaki. Memiliki sikap yang tenang dalam membuat keputusan dalam apa jua situasi, selayaknya darus lebih disenangi mereka. Menghormati darus bagaikan orang yang sudah dewasa gayanya. Pemikirannya jauh melangkau batas umurnya. Itam pada mulanya tak mahu ambil kisah, tapi bisikan halus yang mula mengotori jiwa yang masih suci mula memainkan peranan. Hari demi hari bisikan halus itu mencuba pelbagai helah. Ada hari itam tewas. Ada hari dia kembali menguasai bisikan itu. Sehingga suatu petang di pondok tempat itam selalu melepak terdengar suara memintak tolong. 

"Tolonggg!! Tolonggg!!" Itam tanpa teragak-agak terus berlari menuju ke arah suara meminta tolong tadi. Itam dapati suara itu ialah milik salah seorang jiran berdekatan dengan pondok dia berehat tadi. Dengan nafas yang tercungap-cungap itam bertanya kepada pak sidek akan hal yang berlaku. "Apa halnya ni pak sidek? Ada apa sampai terpekik macam ayam nak bertelur?" "Anak aku..anak aku tu haa.. Ntah la kenapa dengan dia. Aku rasa dia kena rasuk kot. " terang pak sidek. "Apa boleh saya tengok keadaan anak pak sidek tu?" Pinta itam. " ya masuklah tengok. " pendek jawapan pak sidek. Sementara itu pak sidek cuba memanggil tok imam yang juga guru agama kepada darus dan itam. Dalam rumah pak sidek hanya tinggal isteri pak sidek dan anaknya yang sedang dirasuk itu. Itam cuba menenangkannya. "Mak cik pegang tangan leha ni. Saya akan bacakan ayat untuk halau makhluk halus ni. " arah itam. "Terkumat kamit membaca ayat kursi  dengan mata terpejam itam membuka sebelah mata untuk melihat apakah ada hasil. Namun usahanya tidak berkesan. Itam mengeluh pendek. "Aku tengok tok guru buat  kat orang selalunya menjadi. Kenapa bila aku buat tak jadi?" Bisik itam dalam hati. Tak lama kemudian datang orang kampung ke rumah pak sidek. Oleh kerana masyarakat maya sekupang ini amat mengambil berat antara satu sama lain makanya berita mengenai anak pak sidek si leha yang dirasuk begitu cepat tersebar. Gempak seketika. Boleh dikatakan bagai ada menteri yang turun ke kampung jika melihatkan orang ramai yang hadir. Walaupun jumlah penduduk kampung hanya sekitar 100 orang dan boleh dianggap kecil saja jumlah ini namun  inilah hasil didikan yang telah tersemat dihati mereka akan sifat tolong menolong dan saling mengambil berat masalah jiran, telah menjadikan kawasan rumah pak sidek sesak dengan orang ramai. Mahu tahu apa yang berlaku. Kebetulan tok imam selaku tok guru kepada itam dan darus tiada kerana keluar bermusafir ke negeri lain berikutan ada kerja yang perlu diselesaikan maka hanya darus saja pemuda yang paling baik ilmu agama serta akhlaknya. Makanya dipinta darus saja yang menyelesaikan masalah itu. Darus berfikir sejenak. Diam. Suasana yang tadinya riuh dengan suara manusia kembali sunyi. Seolah rumah pak sidek hanya ada tuan rumah itu saja. Setelah bertafakur darus bersuara. "InsyaAllah saya cuba ikhtiarkan. " pendek. "Mohon beri laluan kepada saya. " pinta darus untuk masuk kedalam rumah. "Bukak-bukak jalan semua. Bagi ustaz muda kita ni masuk. " arah salah seorang penduduk. 
Darus duduk dengan duduk diantara dua sujud. Tangan kanan atas paha kanan. Tangan kiri atas paha kiri. Matanya merenung tajam kepada leha. Leha sedari tadi masih meracau. Merapu dan terkadang ketawa sendirian. Suaranya bertukar garau sekali. Lain benar dengan suara asal leha yang lemah lembut. "Mak cik saya mohon mak cik pakaikan tudung kepada leha. " arah darus. Mulutnya kemudian kedengaran ayat kursi dan ruqyah yang dipelajari daripada tok gurunya. Perlahan tapi mampu didengari semua yang berada di situ kerana semua dalam keadaan diam memerhati. Leha mengelupur. Nampak seperti dia berada dalam keadaan panas sekali. Mata tajam yang berwarna merah merenung darus. Muka leha pucat lesu. Seolah tiada darah diwajahnya. "Kau mau apa? Kau siapa?! Aku tak kacau kau!! Jangan kacau aku! " bunyi suara garau yang keluar daripada mulut leha. "Aku hamba Allah. Kau juga hamba Allah. Kita tiada beza. Hanyasanya ialah iman dan taqwa. Apa kau beriman sama seperti ku? " jawab darus. 'Leha' masih diam. Diamnya sambil merengus kasar. Seolah tidak puas hati dengan darus. "Aku buat kerja aku. Jangan halang aku. " jawab suara garau. "Siapa arahkan kau ? Siapa tuanmu? Kenapa perlu kau kacau anak adam ? " soal darus lagi. Masih bernada lembut tapi tegas bunyinya. "Apa mau kalau kuajarkan padamu islam? InsyaAllah mudah-mudahan kau dan aku terlepas daripada azab neraka jika kita berTuhankan Allah. " seru darus. "Tidakkkk..!!! Tidakk!!! Jangan kacau akuu!! Suara garau itu betul-betul kuat didengari oleh semua yang hadir. Manakan mungkin suara perempuan menjadi segarau itu. Darus tidak berhenti membaca ruqyah. Tangannya mula memainkan peranan. Jari telunjuknya dihalakan kepada pemilik suara garau tadi. "Aku beri amaran padamu agar keluar daripada tubuh yang tidak berdosa ini. Jika kau enggan dengan izin Allah Tuhan langit dan bumi Tuhan semesta alam yang menciptakan aku dan kau akan ku bakar tubuh badanmu itu". Tegas darus. Tanpa jawapan daripada tubuh itu hanya kedengaran dengusan kasar. Diulangi sehingga 3 kali seruan tadi. Tiada jawapan. Dengan azam tekad darus membaca ruqyah untuk tujuan 'membunuh' makhluk tadi. Akhir ayat ruqyah tersebut darus mengisyaratkan jari telunjuknya ke arah leher leha seolah menyembelih makhluk tadi. Satu pekikan yang amat kuat keluar daripada batang tubuh leha sekaligus menyebabkan semua terperanjat melihat adegan begitu. Berkerut dahi itam melihatkan kemampuan darus menghalau makhluk tadi. Batang tubuh leha kembali lemah dan terbaring tidak sedarkan diri. Wajahnya kembali 'berdarah' semula. Peluh keringat membasahi wajah leha. Nampak kepenatan dan peritnya jelas terzahir. Darus kembali membaca ruqyah dan ayat quran untuk mengembalikan kekuatan kepada leha. Seminit berlalu leha kembali sedarkan diri. Air yang telah siap dibacakan ayat quran dan ruqyah diberi kepada leha. "Mak cik , bagi leha minum air ni ya. InsyaAllah saya dah cuba sedaya yang mampu. " pesan darus. Lalu darus bangun berdiri. Merenung penduduk kampung seraya berpesan" ketahuilah yang menyembuhkan yang menghalau dan juga yang mematikan makhluk halus tadi hanyasanya dengan izin Allah taala. Ingatlah bahawasanya bersekongkol dengan jin dan syaitan itu adalah syirik. Allah akan mengampunkan dosa kita yang lain jika Dia berkehendak tapi bukan kepada kesyirikan kepadaNya. Saya yakin yang penduduk kampung maya sekupang bukanlah termasuk daripada golongan yang Allah murkai. InsyaAllah saya dan beberapa orang kampung yang lain akan menyiasat perkara ini." Panjang pesanan darus. Seraya menyambung. "Memandangkan waktu maghrib hampir tiba. Ayuh kita semua ke surau kita. " 

Bersambung insyaAllah. 

No comments:

Post a Comment