Saturday, March 21, 2015

Suami lega bila saya bertudung.

Sepatutnya begitu la yang wajib ke atas para wanita khususnya isteri jika betui mahu si suami masuk ke syurga tanpa diheret ke neraka. 

Tahniah diucapkan kepada para wanita khususnya isteri3 yang telah berjaya menutup aurat rambut dan tubuh badan dengan sempurna. 

Bagi yang masih belum mampu sebenarnya jauh disudut hati mereka amat tau bahawa aurat tu wajib ditutup. Bahkan daripada kecik lagi tau. Cuma atas macam3 alasan dan kepentingan tuntutan agama ni diketepikan. 

Contohnya kita amik artis di malaysia, ramai yang tau aurat tu wajib ditutup dan ini adalah perintah Allah. Tapi disebabkan nak jaga periuk nasik seperti tawaran berlakon atau menyanyi mereka sanggup ketepikan hak Allah ni. 

Ini semua berpunca daripada kurangnya ilmu agama dan pendedahan tentang agama. Pendek kata diri mereka sendiri yang tak mau belajar. Dari awal lagi rezeki yang mereka dapat sebenarnya tak membawa keberkatan. Ya kita tak nafikan hasil berlakon atau menyanyi kadang3 tu memang banyak. Perlu juga kita tau yang banyak tak semestinya berkat. Tapi kalau berkat tak kira sikit atau banyak kita akan rasa cukup dan puas. 

Tu bagi yang tau hukum wajib tutup aurat. Bagi yang tau tapi buat tak endah pula?? Kena tepuk dada tanya iman masing3. Bukan tanya selera lagi. Sebab kalau tanya selera, makanya nafsu tidak akan pernah puas. 

Bagi artis yang sudah bersuami rata3 masih ramai tak menutup aurat. Sebab3nya sudah dinyatakan di atas. Kalau la mereka tau yang azabnya suami menanggung dosa dan amal kerja mereka tentu mereka akan menutup aurat bahkan silap3 mereka berhenti menjadi pelakon. 
Adakah islam melarang hiburan? Tentu sekali tidak. Islam meraikan hiburan bahkan islam itu sendiri suatu "hiburan" bagi yang betul3 memahami agama suci ini. 

Sampai satu tahap bila kita letih dan jemu dalam buat ibadat maka dibolehkan kita mendengar lagu3 yang tidak bawak kepada lalai dan menonton rancangan tv. Dan semua itu tidak lepas daripada landasan islam. Lagu yang macam mana dan rancangan yang macam mana itu semua islam dah susun dan atur. 

Wanita kalau nak menyanyi jugak mestilah yang mendengar itu wanita jugak. Walaupun berlaku perselisihan pendapat yang mengatakan suara wanita itu aurat atau tidak namun sebaik3nya jika kita amik pendapat yang selamat iaitu suara itu aurat jika dilenggokkan dengan lenggokan yang boleh mengundang dan menaikkan nafsu syahwat. 

Itu baru suara. Apatah lagi jika seseorang wanita itu memperagakan tubuh badan dilayarperak?? Bagi yang belum bersuami ayah3 mereka akan menanggung dosa mereka. Bagi yang sudah bersuami plak akan ditanggung sepenuhnya oleh si suami tadi. Jika suami sudah melarang maka suami tadi telah terlepas daripada tergolong dalam golongan dayyus. Tau tak apa itu dayyus? Itulah golongan yang tidak dapat masuk ke syurga. Membiarkan anak isteri melakukan dosa maksiat seperti mendedahkan aurat dan melakukan perbuatan keji yang lain. 

Kenapa dalam entri kali ni saya tekankan kepada artis? Sebab bagi masyarakat kita khususnya di malaysia artis ialah "public figure" yang mana masyarakat melihat dan menjadikan mereka sebagai idola dan sanjungan. Benar sekali dengan Hadis Nabi kita sollallahu alaihi wasallam. Mafhumnya di akhir zaman itu nanti para artis disanjung3 dan para ulama dipinggirkan bahkan dihina. Nampak tak??

Jadi bila kata public figure maka sepatutnya gunakan peluang ini untuk tunjuk akhlak yang baik bagi masyarakat. Walaupun kita tau tak da yang lebih utama untuk kita contohi dan teladani akhlak mulia selepas Nabi dan Rasul ialah para ulama namun saya kira masih ada artis yang masih baik akhlaknya untuk diteladani. 

Apa penyelesaiannya? Tidak dapat tidak kot mana pon kita dan para artis wajib kembali kepada islam. Kalau mahu berseni maka bersenilah menggunakan landasan islam. Menutup aurat dengan sempurna. Saya tak rasa yang seseorang artis wanita itu jika mahu melakonkan watak seorang isteri perlu memeluk dan melakukan aksi manja sebagai tanda ia seorang isteri. Cukup hanya dengan menutup aurat dan menggunakan kaedah seperti kamera trick dan penonton serba tau bahawa watak itu seorang isteri kepada suaminya. Dan mesej yang nak disampaikan tu dah jelas. 

Bagi penyanyi wanita plak  jika nyanyian itu secara langsung maka tidak dapat tidak hanya wanita saja yang boleh mendengarnya. Dan seboleh3nya perlu dikurangkan pencarian bakat wanita dalam seni nyanyian. Adakah islam begitu kejam?? Tidak bahkan islam begitu menjaga dan meletakkan status wanita itu di tempat yang mulia dan tinggi. Dan kerana itulah suara lunak hanya boleh didengari oleh si suami anak3 dan yang yang mahram dengannya. 

Akhir sekali dengan terus menuntut ilmu agama khususnya maka para artis akan dapat kembali berpegang dengan tali Allah. Jika tiada kesedaran diri untuk mencari ilmu maka tidak ada yang dapat menyelamatkan mereka dari terus bergelumang dalam dunia fitnah ini. 

Wallahualam. 





Sunday, March 15, 2015

Teguran dalam senyuman muda. 

Saf mula dirapatkan. Kedengaran tok imam mengingatkan kepada para makmum supaya membetulkan tumit belakang dan rapatkan saf agar bertemu bahu. 

Laungan takbir mula bergema. Membesarkan Allah. Tuhan semesta alam. Aku berada di saf hadapan tapi paling kanan sekali. Hajat dihati mahu saja berada di belakang imam tidak kesampaian. 

"Banglong pi dok belah kanan sekali. Bagi pakcik-pakcik dok kat tengah saf. Masih di saf depan kan, cuma dok belah kanan ja. "

Dengan muka mengada manja kuturuti ayah. 

Umurku baru mencecah 10 tahun ketika itu. 

Selesai solat zuhur berjemaah di salah sebuah surau di suatu kampung yang aku sendiri tidak kenali tempat itu. 

Seusai doa diaminkan bergegas aku bangun berlari mendapatkan ayah. Mahu salam dengan ayah. 

"Eh eh bakpo derah sangat hungga nih?" Soal salah seorang pakcik yang berada di hadapan ayah. 

Aku tidak mengerti sepatah pun. Aku bukan orang kampung ini. Aku cuma mengekor ayah saja. 
Tangan ayah aku cari lalu kukucup tangan mulia itu. 

"Haa lepas ni pi salam tok imam plak ya. Lepas tu salam semua pakcik-pakcik dalam surau ni. "
Pesan ayah. 

"Ok yah" balas ku pendek. 

Tercungap-cungap menyantuni jemaah pakcik. Akhir sekali aku cari si imam. Muda dan agak segak orangnya. Berbaju melayu serta berserban. Sedikit misai yang tidak tebal namun kemas dan janggut yang tidak terlalu lebat dan tidak terlalu panjang. 

Aku perhatikan perwatakan imam muda tadi. Gaya lagaknya sederhana. Nampak begitu bersahaja. Yang pasti senyuman sentiasa dibibir imam muda itu. 

" ayah.. Yah tu sapa yah?" Soalku kepada ayah. 
" tu la tok guru nik abdul aziz. Dia menteri besaq negeri kelantan. "
Jelas ayah. 

"Awat dia tak pakai kot( baju kemeja dan kot) ?"

"Tokguru nak bagitau yang serban ni pakaian sunnah dan jadi menteri besaq tak semestinya kena pakai mewah-mewah".

Aku diam. Dalam dua samada aku mengerti dengan penjelasan ayah ataupun tidak. Yang pasti aku ingat perkataan sunnah. 

Aku pun berlari hendak turun daripada surau. Berdegum degum bunyi larianku dicampur bunyi lantai surau yang diperbuat dari kayu. 

Turun dari tangga aku toleh kebelakang untuk melihat wajah itu. Entah mengapa berasa mahu menatap wajah itu seperti ada magnet yang menarikku. Dia punya tarikan yang tersendiri. 

Tiba-tiba. 

Lambaian tangan daripada dia. Tokguru panggil aku naik sebentar. 

Aku turuti walaupun malu-malu. 
Ditarik aku duduk rapat hingga berlaga lutut aku dengan lututnya. 

"Awe namo gapo?" Soal beliau. 

Aku angkat kening. Siapa awe? Tak faham. Aku toleh ke ayah. 
Ayah bisik ditelingaku. 

" tokguru tanya nama banglong".

" nama saya qasim". 

Ditepuk-bahu aku. Masih lagi dengan senyuman manis itu. 

" surau ni rumah Allah. Tempat mulia. Tak boleh lari-lari. Qasim suko ko kalu ore lari-lari dalan rumah qasim buat bising?"

Aku menggeleng sambil tersengih sampai nampak gigi berlapis. 

Dia beri teguran dalam senyuman buatku. Tangannya diatas pahaku. Menepuk-nepuk. 
Dihulur kepadaku duit kertas rm2. Melonjak riang aku. Tapi semua itu aku sembunyikan dalam hati. 

"Terima kasih tokguru". 

Aku salami tangan tokguru dan beberapa orang pakcik yang ada diluar surau tersebut. 

Setelah beberapa langkah daripada tangga surau bersama ayah aku paling kebelakang. Laju tangan ini melambai sambil tersenyum. Lambaianku bersambut bersama sebuah senyuman lagi. 

Untuk kali yang keberapa aku toleh kepadanya aku tidak tahu. Yang aku sedar kali terakhir aku cuba melihat wajah itu nyata aku telah tersedar daripada mimpiku. 

Walaupun sekadar mimpi tapi ianya kenangan manis buat diriku. 

-kalau dapat jumpa ulama pon dah seronok macam ni. Bayangkan dapat mimpi jumpa Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam. 

2.45 pagi isnin 16 mac.

Thursday, March 12, 2015

Hingga ke akhirnya bahagian 2.

Hingga ke akhirnya ( bahagian 2 ) 

Monolog 

Umar seorang pemuda yang cergas. Seorang yang taat kepada Allah dan rasulNya. Tahu akan hukum hakam dan sunnah Nabinya sollallahu alaihi wasallam. Umar juga seorang anak yang taat akan kedua ibu bapanya. Anak yang ringan tulang dalam membantu membuat kerja tanpa perlu disuruh. Umar seorang abang yang mempunyai 10 orang adik beradik termasuk dirinya. 5 orang lelaki dan 5 orang lagi perempuan. Mereka membesar dalam suasana islam yang sentiasa subur. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak mewah, namun umar dan adik beradik yang lain merasakan bahawa mengecapi nikmat iman dan islam daripada Allah adalah melebihi segalanya. Begitu hebat didikan yang diberikan oleh ibu bapa umar terhadap mereka adik beradik. Kesemua adik beradik umar merupakan hafiz al- quran termasuk umar sendiri. Mereka kenal al-quran pada usia yang muda. Mereka jinak dengan al-quran dan cinta kepada al-quran. Kawan- kawan dan seluruh kejiranan yang kenal dengan keluarga umar menggelarkan mereka sebagai " the mags 10 ". Namun bukanlah gelaran itu yang dikejar mereka bahkan mereka tidak merasakan dengan gelaran itu mereka menjadi lebih mulia berbanding orang lain bahkan merekalah antara anak-anak yang terkenal dengan sopan santun dan penuh tata adab. 

Namun kini, semua kenangan indah bersama keluarga dan adik- adik yang amat disayanginya hanya tinggal sebuah memori. Memori yang disimpan kemas dan kejap dikotak minda dan di hati umar. Yang tersisa hanya cebisan kain dan gambar yang terselamat dari bala bencana yang menimpa umar. Takdir Allah menyelamatkan umar. Tatkala ayah ibu dan adik-adik yang lain terkorban dirumah, umar masih dalam perjalanan untuk pulang. Hancur luluh hatinya bila mendapati batang tubuh insan yang dicintai disayangi diperlakukan sedemikian rupa oleh makhluk yang bertopengkan syaitan. Malah lebih kejam. Tiada kata yang terlafaz dibibir umar. Air mata itu gugur jua akhirnya. Hanya lafaz ' inna lillahi wa inna ilaihi rojiun' yang terzahir. 

Umar melangkah dengan lemah sekali menuju ke arah ibunya. Bibir diketap. Sayu sungguh memandang wajah suci wanita mulia itu. Mulia di dunia dan di akhirat yang dijanjikan Allah. Umar memangku ibunya sambil mengusap kepala yang hampir tiada rambut kerana dicukur oleh manusia kejam tersebut. Bertompok- tompok rambut yang tersisa di kepala ibunya. Dilihat pula badan ibu. Penuh dengan kesan calar. Seperti dikelar dengan benda tajam. Dan parut yang panjang seperti di pukul oleh cemeti. Berbirat badan ibu. Umar tunduk lagi. Tunduk dengan pautan erat terhadap ibunya. Air mata laju mengalir. " hasbiyallahu... Hasbiyallah... Hasbiyallah.  Laa haula wala quwwata illa billahi al- aliyul azim. " itu saja yang tersisa dimulut umar. Seraya mengangkat kepala, umar terpandang ayah. Kemudia ibu diletakkan dan di qiam dengan penuh lemah lembut. Bagaikan ibu sedang tidur nyenyak. Diselimut tubuh mulia ibu dengan kain yang tersisa di dalam rumahnya itu. Umar menuju ke arah ayah. Keadaan ayah begitu memilukan bagi dirinya. Tangan kiri ayah di potong dan dibiarkan begitu. Dilihat lebam-lebam hampir diseluruh badan ayah. "Allaaaaaaaaaaahhh.... Ya Allaaaahhhhh..." Beratnya ujian untuk ayah. Umar memandang sekeliling. Ingin mencari tangan ayah yang dipotong manusia iblis itu. Tangan itu umar dapati di bawah almari buku-buku yang ayah selalu baca. Mereka menendang dan memperlakukan tangan ayah seolah-olah sebijik bola. Tangan itu akhirnya diletakkan dn diqiamkan jugak seperti yang dilakukan terhadap ibu tadi. Umar menyapu debu daripada muka ayah. Sambil menyapu umar menunduk cium dahi dan pipi ayah. Masih hangat terasa batang tubuh ayah. Hangat dengan kasih sayang dan hangat seolah-olah ayah dan ibu seperti tidur. Ya umar akur. Umar yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa inilah janji Allah dan RasulNya terhadap siapa yang syahid. Dipelihara tubuh ketika masih di dunia lagi. Apatah lagi di akhirat sana. Umar menyelimuti tubuh ayah. Lalu umar beransur untuk melihat keadaan adik- adiknya yang lain. 4 orang adik lelaki umar mempunyai nasib yang sama menurut perkiraannya. Mereka semua diseksa dengan seksaan yang sama. Bermula dengan cemeti di atas belakang badan. Kemudian terdapat kesan lubang kecil seolah-olah ditikam berkali- kali oleh benda tajam iaitu pisau. Setiap seorang tidak kurang hampir dua puluh lebih tikaman ditengah belakang. Hanya kerana tidak mahu mengakui kerajaan yang sedia ada mereka diperlakukan sebegitu rupa. Enggan bersyahadah menggunakan syahadah yang tidak diiktiraf islam. Dan disuruh bersaksi bahawa hanya pemimpin itu yang layak dijadikan tuhan. Maha Suci Allah daripada sifat lemah dan sifat berhajat kepada yang lain. Di pangku seorang demi seorang adik lelakinya. Mereka sangat rapat sama ada sewaktu kecil hinggalah dewasa. Semuanya atas didikan ibu bapa yang awal-awal lagi menunjukkan sifat rapat tu di antara mereka. Muka adik-adiknya semuanya bersih dan bagaikan tersenyum. Acapkali kiranya umar mendengar cerita tentang keadaan orang yang syahid. Dan kali ini dia sendiri mengalami dan menyaksikan sendiri dengan mata kepala. Diraup muka adik-adiknya dan dibuang debu-debu. Umar senyum kepada mereka walaupun hati ini sakit dan sebak melihat para syuhada mulia ini. Tanpa membuang masa umar bangun  untuk mengangkat adik-adik perempuannya sama seperti ibu ayah dan abang-abang mereka. Namun langkah umar terhenti. 3 orang daripada 5 orang adik perempuannya tidak mempunyai seurat benang pun. Manakala 2 orang lagi hanya tinggal baju dalam keadaan koyak rabak. Umar tahu benar tidak lain tidak bukan adik perempuannya dirogol oleh tentera dajjal itu. Mengalir lagi air mata itu. "Ya Allah... KepadaMu lah aku menyerahkan urusan ini... Sesungguhnya adik-adik perempuanku teraniaya Ya Allah... Ya Allah......" Tidak mampu lagi umar untuk meneruskan doanya. Hanya rintihan dan linangan air mata saja yang menemaninya. Cepat- cepat diseka air jernih yang mengalir. " arghh... Aku bukan lemah... Kalau ibu ayah adik- adik aku boleh tempuh dengan sabar kenapa tidak aku? Aku kuat insyaAllah... Kau boleh umar dan Allah ada bersamamu umar. Kuat sikit. !!"  
Begitulah pujuj hati umar. Lantas umar bangun memperkemaskan adik perempuannya. Ditutup aurat mereka. Ingatlah ketika mana kita yang masih hidup ini tutuplah aurat dengan sempurna wahai muslimah. 

Setelah selesai semuanya. Seketika hendak bangun dari duduknya umar terdengar bunyi bising dan gelak ketawa seperti sedang bergurau. Dan jugak bunyi bingit enjin kenderaan yang dirasakan begitu hampir dengan rumahnya. Umar cuba berdiam diri dan melangkah dengan penuh hati-hati. Tidak perlu mengeluarkan bunyi. Cukup dengan langkahan yang perlahan. Umar diam membatu. Bukan penakut. Jauh sekali bacul untuk melarikan diri. Tapi ini sebahagian strategi umar. Dia ingin menyempurnakan dahulu jenazah ahli keluarganya. Kemudian dia akan membuat perhitungan semula dengan manusia-manusia laknat itu. Suara yang bergema dengan gelak tawa itu akhirnya berlalu begitu saja. Yakin barangkali tiada siapa lagi yang menghuni rumah itu. Kerana mereka baru saja menghabisi riwayat seluruh ahli di rumah itu. Sayup-sayup kenderaan yang membawa makhluk kejam itu berlalu. Umar enggan mahu berlama-lama lagi. Bukan tidak sayang tetapi ada kepentingan lain lagu yang perlu dilakukan. Umar yakin mereka tidak akan kembali lagi ke rumahnya kerana hari telah menginjak ke waktu maghrib. Matahari akan terbenam tidak lama lagi. Dan fikir umar, boleh saja dia selesaikan pengkebumian ahli keluarganya sebelum isyak. Memandangkan seluruh ahli keluarga umar telah syahid dunia akhirat, maka mereka tidak perlu dimandi dan disolatkan hanya perlu dikebumikan seperti biasa. Syahid terbahagi kepada 3 bahagian. Syahid dunia akhirat ialah syahid yang berjuang di jalan Allah menentang kaum kafir demi menegakkn kalimah Allah di muka bumi. Syahid begini tiada pada mereka mandi dan solat menurut jumhur ulama. Di akhirat nanti ia akan memperolehi ganjaran istimewa daripada Allah dan juga selamat dari azab kubur. Manakala syahid dunia pula ialah orang yang mati dalam peperangan dengan tujuan utamanya untuk membolot harta rampasan di samping berperang menegak agama islam. Syahid dunia juga tidak dimandikan dan disolatkan. Dan akhir sekali syahid akhirat ialah jenis yang tidak berperang. Iaitu mereka yang mati dalam kebakaran , mati terkena wabak, mati beranak, mati ketika menangkap pencuri , mati sedang belajar dan lain- lain lagi. Di dunia mereka ini dikafan dan dan disolatkan seperti biasa. 

Masa yang tersisa tidak dibiarkan berlalu begitu saja oleh umar. Hanya bersebelahan dengan rumahnya dia mengorek lubang kubur. Cukup 1 jam selesai lubang dikorek umar. Disusun bermula dengan ibu kemudian ayah dan seterusnya adik-adiknya. Keadaan mereka terutamanya perempuan cukup memilukan hati bagi sesiapa yang melihatnya. Umar selesai mengkebumikan keluarganya. Setelah mendoakan mereka dengan doa yang sesungguh-sungguhnya dan seluruh pengharapan dan penyerahan kepada Allah , umar bangun dan masuk kedalam rumah untuk solat. Maghrib hampir ke hujung waktu. Sesibuk mana sekalipun solat adalah perkara yang pertama umar sematkan dalam dirinya. Perintah agama yang mula- mula sekali akan disoal oleh Allah pada hari akhirat kepada hambaNya. Ini semua hasil didikan ayah dan ibu yang mendidik dia dan adik-adik. Mereka bukan saja menyuruh umar dan adik- adik bersolat bahkan mereka sendiri turut melaksanakan suruhan Allah itu. Ini juga termasuk dalam psikologi dalam islam yang diterapkan dan diajarkan sendiri oleh baginda Nabi kita Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Segala yang Nabi suruh dan perintah Nabi sollallahu alaihi wasallam la yang terlebih dahulu melaksanakannya. Sebut saja apa saja perbuatan atau ibadah. Semuanya telah diteladani oleh Nabi sollallahu alaihi wasallam sendiri. Usai menunaikan solat, umar mengumpulkan tenaga dan semangatnya semula. Hasil selepas bertemu Allah dalam solat. Dia perolehi kekuatan batin yang cukup hebat. Maha Suci Allah daripada segala kekurangan. Umar mula menyusun strategi. Perkara pertama yang akan dia lakukan ialah menuntut keadilan terhadap keluarganya. Umar bangun menapak keluar daripada rumah. Dipandang ke kiri dan kanan ke arah perkarangan rumahnya yang telah dihancurkan oleh manusia bertopengkan iblis itu. Keadaan gelap tanpa cahaya. Walaupun dijalan. Hanya bintang yang menerangi malam itu. Umar nekad. Diarah kaki dia melangkah ke arah bandar. 

InsyaAllah akan bersambung ke bahagian ke 3. 

Hingga ke akhirnya.



Peluh mula meleleh turun daripada dahi umar. Mata masih kekaburan. Kepala juga turut pening, sakit dan berdenyut-denyut akibat hentaman kuat yang tidak diketahui dari mana datangnya. 

Umar bukan nama sebenar cuba menggagahkan dirinya semula. Mengumpul tenaga yang kian hilang. Nafas panjang disedut oleh umar. Dilepas bersama suatu keluhan yang agak kasar bunyinya. " hmmm.... Aarghhh.... " sakit. Menahan dada yang sakit. 

Setelah beberapa ketika menyusun nafas supaya kembali stabil, umar meleretkan mata sambil mencari- cari masih adakah sinar cahaya mentari untuk dia segarkan matanya dan tubuh badannya. Namun dia hampa. Tiada cahaya walaupun sebesar lubang jarum. Gelap gelita. Bagaikan dalam kubur. Tiada cahaya. Hanya untuk yang beramal soleh saja akan peroleh cahaya di dalam kubur. Begitulah fikir umar di dalam hatinya. 

Hati kembali dirundung kesedihan. Bukan kerana tiada cahaya yang dicari tetapi sedih mengenangkan nasibnya kini. Masuk hari ini kiranya sudah hampir 3 hari dia terkurung di dalam tempat gelap ini seingatnya. Kali terakhir dia sedar adalah hari pertama dia dimasukkan ke dalam tempat misteri ini. Diperah keringat sesungguhnya supaya mengingat kembali apa yang terjadi kepadanya sebelum ini. Akhirnya umar sedar yang dia telah dibawa oleh sekumpulan laki- laki yang ganas dan tiada perikemanusiaan. 

Direntap kolar baju umar dengan kasar seolah umar bukan seorang manusia tetapi ibarat seekor haiwan peliharaan bahkan lebih daripada haiwan lagi dia diperlakukan dengan sehina- hinanya. Diludah ke muka ditendang dadanya ditumbuk perut dengan senapang Ak-47 dan disebat dengan cemeti di tengah belakang umar. Darah mengalir hampir dari semua arah dan semua tempat di batang tubuh umar. Bibir pecah dan darah mengalir keluar menitis jatuh ke baju dan tanah. Lemah dan tidak berdaya untuk melawan dan mempertahankan diri umar akhirnya pasrah dan akur diperlaku sedemikian rupa. Hanya Allah saja tempat terakhir umar berserah diri. Terkeluar daripada mulut umar dengan suara yang perlahan " laa ilaha illa anta Subhanaka inni kuntu minazzolimin. Hasbiyallah.. Hasbiyallah.. Hasbiayallah.." Lalu salah seorang manusia kejam yang turut menyeksa umar menengking dengan suara yang keras " apa kau kata? Apa kau kata tadi? Kau dengar tak apa yang aku tanya ni? Aku kata kau kata apa tadi binatang??!!! " umar diam membisu. Enggan menjawab soalan kasar tadi. Lalu dipukul kembali dan dihentak dengan kasar seperti tadi. Umar benar- benar kehilangan tenaga. Akibat tidak dihiraukan oleh umar, manusia bertopengkan syaitan tadi menghampiri umar lalu mengangkat senapang Ak-47 dan menghentak kepala umar dengan kuat. Dan umar jatuh rebah tidak sedarkan diri. 

InsyaAllah akan bersambung bahagian ke 2. 

Wednesday, March 11, 2015

Aku qasim dzahir.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ini adalah post pertama saya dalam blog. Sebelum tu saya perkenalkan diri dulu. Nama muhammad qasim bin md dzahir bin osman bin darus bin said. Panjang kan? Nasab kena ingat bro. Bulan april tahun ni genap 27 tahun. Anak pertama daripada 9 orang adik beradik. Masih menuntut di salah sebuah universiti tertua di dunia iaitu universiti al-azhar as-syarif di mesir. Semua orang tau kan universiti tu? Saya amik kuliah usuluddin dalam bahagian tafsir. Sekarang ni berada di tahun akhir pengajian. Masuk bulan 5 ni insyaAllah akan masuk sem kedua untuk tahun akhir. Dengan usaha doa dan tawakkal serta doa kalian harapnya insyaAllah dapat lulus dengan cemerlang tahun ni. Allahumma amin.

Ok ni saja dulu. Ada idea saya tulis lain nanti insyaAllah. ( harapnya idea ada la naa).