Hingga ke akhirnya ( bahagian 2 )
Monolog
Umar seorang pemuda yang cergas. Seorang yang taat kepada Allah dan rasulNya. Tahu akan hukum hakam dan sunnah Nabinya sollallahu alaihi wasallam. Umar juga seorang anak yang taat akan kedua ibu bapanya. Anak yang ringan tulang dalam membantu membuat kerja tanpa perlu disuruh. Umar seorang abang yang mempunyai 10 orang adik beradik termasuk dirinya. 5 orang lelaki dan 5 orang lagi perempuan. Mereka membesar dalam suasana islam yang sentiasa subur. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak mewah, namun umar dan adik beradik yang lain merasakan bahawa mengecapi nikmat iman dan islam daripada Allah adalah melebihi segalanya. Begitu hebat didikan yang diberikan oleh ibu bapa umar terhadap mereka adik beradik. Kesemua adik beradik umar merupakan hafiz al- quran termasuk umar sendiri. Mereka kenal al-quran pada usia yang muda. Mereka jinak dengan al-quran dan cinta kepada al-quran. Kawan- kawan dan seluruh kejiranan yang kenal dengan keluarga umar menggelarkan mereka sebagai " the mags 10 ". Namun bukanlah gelaran itu yang dikejar mereka bahkan mereka tidak merasakan dengan gelaran itu mereka menjadi lebih mulia berbanding orang lain bahkan merekalah antara anak-anak yang terkenal dengan sopan santun dan penuh tata adab.
Namun kini, semua kenangan indah bersama keluarga dan adik- adik yang amat disayanginya hanya tinggal sebuah memori. Memori yang disimpan kemas dan kejap dikotak minda dan di hati umar. Yang tersisa hanya cebisan kain dan gambar yang terselamat dari bala bencana yang menimpa umar. Takdir Allah menyelamatkan umar. Tatkala ayah ibu dan adik-adik yang lain terkorban dirumah, umar masih dalam perjalanan untuk pulang. Hancur luluh hatinya bila mendapati batang tubuh insan yang dicintai disayangi diperlakukan sedemikian rupa oleh makhluk yang bertopengkan syaitan. Malah lebih kejam. Tiada kata yang terlafaz dibibir umar. Air mata itu gugur jua akhirnya. Hanya lafaz ' inna lillahi wa inna ilaihi rojiun' yang terzahir.
Umar melangkah dengan lemah sekali menuju ke arah ibunya. Bibir diketap. Sayu sungguh memandang wajah suci wanita mulia itu. Mulia di dunia dan di akhirat yang dijanjikan Allah. Umar memangku ibunya sambil mengusap kepala yang hampir tiada rambut kerana dicukur oleh manusia kejam tersebut. Bertompok- tompok rambut yang tersisa di kepala ibunya. Dilihat pula badan ibu. Penuh dengan kesan calar. Seperti dikelar dengan benda tajam. Dan parut yang panjang seperti di pukul oleh cemeti. Berbirat badan ibu. Umar tunduk lagi. Tunduk dengan pautan erat terhadap ibunya. Air mata laju mengalir. " hasbiyallahu... Hasbiyallah... Hasbiyallah. Laa haula wala quwwata illa billahi al- aliyul azim. " itu saja yang tersisa dimulut umar. Seraya mengangkat kepala, umar terpandang ayah. Kemudia ibu diletakkan dan di qiam dengan penuh lemah lembut. Bagaikan ibu sedang tidur nyenyak. Diselimut tubuh mulia ibu dengan kain yang tersisa di dalam rumahnya itu. Umar menuju ke arah ayah. Keadaan ayah begitu memilukan bagi dirinya. Tangan kiri ayah di potong dan dibiarkan begitu. Dilihat lebam-lebam hampir diseluruh badan ayah. "Allaaaaaaaaaaahhh.... Ya Allaaaahhhhh..." Beratnya ujian untuk ayah. Umar memandang sekeliling. Ingin mencari tangan ayah yang dipotong manusia iblis itu. Tangan itu umar dapati di bawah almari buku-buku yang ayah selalu baca. Mereka menendang dan memperlakukan tangan ayah seolah-olah sebijik bola. Tangan itu akhirnya diletakkan dn diqiamkan jugak seperti yang dilakukan terhadap ibu tadi. Umar menyapu debu daripada muka ayah. Sambil menyapu umar menunduk cium dahi dan pipi ayah. Masih hangat terasa batang tubuh ayah. Hangat dengan kasih sayang dan hangat seolah-olah ayah dan ibu seperti tidur. Ya umar akur. Umar yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa inilah janji Allah dan RasulNya terhadap siapa yang syahid. Dipelihara tubuh ketika masih di dunia lagi. Apatah lagi di akhirat sana. Umar menyelimuti tubuh ayah. Lalu umar beransur untuk melihat keadaan adik- adiknya yang lain. 4 orang adik lelaki umar mempunyai nasib yang sama menurut perkiraannya. Mereka semua diseksa dengan seksaan yang sama. Bermula dengan cemeti di atas belakang badan. Kemudian terdapat kesan lubang kecil seolah-olah ditikam berkali- kali oleh benda tajam iaitu pisau. Setiap seorang tidak kurang hampir dua puluh lebih tikaman ditengah belakang. Hanya kerana tidak mahu mengakui kerajaan yang sedia ada mereka diperlakukan sebegitu rupa. Enggan bersyahadah menggunakan syahadah yang tidak diiktiraf islam. Dan disuruh bersaksi bahawa hanya pemimpin itu yang layak dijadikan tuhan. Maha Suci Allah daripada sifat lemah dan sifat berhajat kepada yang lain. Di pangku seorang demi seorang adik lelakinya. Mereka sangat rapat sama ada sewaktu kecil hinggalah dewasa. Semuanya atas didikan ibu bapa yang awal-awal lagi menunjukkan sifat rapat tu di antara mereka. Muka adik-adiknya semuanya bersih dan bagaikan tersenyum. Acapkali kiranya umar mendengar cerita tentang keadaan orang yang syahid. Dan kali ini dia sendiri mengalami dan menyaksikan sendiri dengan mata kepala. Diraup muka adik-adiknya dan dibuang debu-debu. Umar senyum kepada mereka walaupun hati ini sakit dan sebak melihat para syuhada mulia ini. Tanpa membuang masa umar bangun untuk mengangkat adik-adik perempuannya sama seperti ibu ayah dan abang-abang mereka. Namun langkah umar terhenti. 3 orang daripada 5 orang adik perempuannya tidak mempunyai seurat benang pun. Manakala 2 orang lagi hanya tinggal baju dalam keadaan koyak rabak. Umar tahu benar tidak lain tidak bukan adik perempuannya dirogol oleh tentera dajjal itu. Mengalir lagi air mata itu. "Ya Allah... KepadaMu lah aku menyerahkan urusan ini... Sesungguhnya adik-adik perempuanku teraniaya Ya Allah... Ya Allah......" Tidak mampu lagi umar untuk meneruskan doanya. Hanya rintihan dan linangan air mata saja yang menemaninya. Cepat- cepat diseka air jernih yang mengalir. " arghh... Aku bukan lemah... Kalau ibu ayah adik- adik aku boleh tempuh dengan sabar kenapa tidak aku? Aku kuat insyaAllah... Kau boleh umar dan Allah ada bersamamu umar. Kuat sikit. !!"
Begitulah pujuj hati umar. Lantas umar bangun memperkemaskan adik perempuannya. Ditutup aurat mereka. Ingatlah ketika mana kita yang masih hidup ini tutuplah aurat dengan sempurna wahai muslimah.
Setelah selesai semuanya. Seketika hendak bangun dari duduknya umar terdengar bunyi bising dan gelak ketawa seperti sedang bergurau. Dan jugak bunyi bingit enjin kenderaan yang dirasakan begitu hampir dengan rumahnya. Umar cuba berdiam diri dan melangkah dengan penuh hati-hati. Tidak perlu mengeluarkan bunyi. Cukup dengan langkahan yang perlahan. Umar diam membatu. Bukan penakut. Jauh sekali bacul untuk melarikan diri. Tapi ini sebahagian strategi umar. Dia ingin menyempurnakan dahulu jenazah ahli keluarganya. Kemudian dia akan membuat perhitungan semula dengan manusia-manusia laknat itu. Suara yang bergema dengan gelak tawa itu akhirnya berlalu begitu saja. Yakin barangkali tiada siapa lagi yang menghuni rumah itu. Kerana mereka baru saja menghabisi riwayat seluruh ahli di rumah itu. Sayup-sayup kenderaan yang membawa makhluk kejam itu berlalu. Umar enggan mahu berlama-lama lagi. Bukan tidak sayang tetapi ada kepentingan lain lagu yang perlu dilakukan. Umar yakin mereka tidak akan kembali lagi ke rumahnya kerana hari telah menginjak ke waktu maghrib. Matahari akan terbenam tidak lama lagi. Dan fikir umar, boleh saja dia selesaikan pengkebumian ahli keluarganya sebelum isyak. Memandangkan seluruh ahli keluarga umar telah syahid dunia akhirat, maka mereka tidak perlu dimandi dan disolatkan hanya perlu dikebumikan seperti biasa. Syahid terbahagi kepada 3 bahagian. Syahid dunia akhirat ialah syahid yang berjuang di jalan Allah menentang kaum kafir demi menegakkn kalimah Allah di muka bumi. Syahid begini tiada pada mereka mandi dan solat menurut jumhur ulama. Di akhirat nanti ia akan memperolehi ganjaran istimewa daripada Allah dan juga selamat dari azab kubur. Manakala syahid dunia pula ialah orang yang mati dalam peperangan dengan tujuan utamanya untuk membolot harta rampasan di samping berperang menegak agama islam. Syahid dunia juga tidak dimandikan dan disolatkan. Dan akhir sekali syahid akhirat ialah jenis yang tidak berperang. Iaitu mereka yang mati dalam kebakaran , mati terkena wabak, mati beranak, mati ketika menangkap pencuri , mati sedang belajar dan lain- lain lagi. Di dunia mereka ini dikafan dan dan disolatkan seperti biasa.
Masa yang tersisa tidak dibiarkan berlalu begitu saja oleh umar. Hanya bersebelahan dengan rumahnya dia mengorek lubang kubur. Cukup 1 jam selesai lubang dikorek umar. Disusun bermula dengan ibu kemudian ayah dan seterusnya adik-adiknya. Keadaan mereka terutamanya perempuan cukup memilukan hati bagi sesiapa yang melihatnya. Umar selesai mengkebumikan keluarganya. Setelah mendoakan mereka dengan doa yang sesungguh-sungguhnya dan seluruh pengharapan dan penyerahan kepada Allah , umar bangun dan masuk kedalam rumah untuk solat. Maghrib hampir ke hujung waktu. Sesibuk mana sekalipun solat adalah perkara yang pertama umar sematkan dalam dirinya. Perintah agama yang mula- mula sekali akan disoal oleh Allah pada hari akhirat kepada hambaNya. Ini semua hasil didikan ayah dan ibu yang mendidik dia dan adik-adik. Mereka bukan saja menyuruh umar dan adik- adik bersolat bahkan mereka sendiri turut melaksanakan suruhan Allah itu. Ini juga termasuk dalam psikologi dalam islam yang diterapkan dan diajarkan sendiri oleh baginda Nabi kita Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Segala yang Nabi suruh dan perintah Nabi sollallahu alaihi wasallam la yang terlebih dahulu melaksanakannya. Sebut saja apa saja perbuatan atau ibadah. Semuanya telah diteladani oleh Nabi sollallahu alaihi wasallam sendiri. Usai menunaikan solat, umar mengumpulkan tenaga dan semangatnya semula. Hasil selepas bertemu Allah dalam solat. Dia perolehi kekuatan batin yang cukup hebat. Maha Suci Allah daripada segala kekurangan. Umar mula menyusun strategi. Perkara pertama yang akan dia lakukan ialah menuntut keadilan terhadap keluarganya. Umar bangun menapak keluar daripada rumah. Dipandang ke kiri dan kanan ke arah perkarangan rumahnya yang telah dihancurkan oleh manusia bertopengkan iblis itu. Keadaan gelap tanpa cahaya. Walaupun dijalan. Hanya bintang yang menerangi malam itu. Umar nekad. Diarah kaki dia melangkah ke arah bandar.
InsyaAllah akan bersambung ke bahagian ke 3.
No comments:
Post a Comment