Dendam tok itam.
"Yeaahhh... Yeaahhh...!! Huh !! Bertubi-tubi tikaman keris yang berada ditangan kanan usman dilepaskan tepat ke dada tok itam. Namun serangan demi serangan itu tampak tumpul sekali bagai anak kecil yang menggigit jari bapanya tanpa gigi. Begitulah yang dirasakan tok itam sambil tersenyum walaupun dalam masa yang sama berusaha menepis serangan demi serangan daripada usman. Usaha usman dilihat bagai tiada hujungnya. Peluh makin laju mengalir membasahi dahi. Menjadikan baju t-shirt yang dipakainya basah dibahagian belakang dan dada bidang usman. Usman menapak sedikit kebelakang mencari nafas baru. Tektikal baru harus dicari fikirnya.
Sementara itu tok itam dengan senyuman yang masih tersisa menyapu kesan tikaman keris usman. Ada kesan lubang-lubang dibahagian dada dan seluruh perut. Budak hingusan ini bukan calang-calang. Walaupun tidak memberikan kesan luka atau berdarah namun rasa seolah-olah pedih itu tetap ada. Tok itam mencarikkan baju lusuh yang dipakainya. Tok itam tak ubah kelihatan seperti pahlawan zaman dahulu kala dengan baju silat berwarna hitam itu. Ditambah dengan selendang kuning di bahu. Baju yang koyak rabak itu direntap tok itam. Terserlah badan kekar tok itam. Melihat pada usia beliau yang berumur 90 tahun mustahil untuk kekal tegap dan tegak begitu. Tapi itulah hakikatnya pada mata kasar. Hanya yang dibukakan hijab oleh Allah saja yang mampu melihat sosok tubuh sebenar tok itam. Usman adalah salah seorang yang diberikan kelebihan itu. Beliau tahu siapa tok itam dan apa aktiviti tok itam di kampung maya sekupang itu. Kini hanya tinggal seluar lusuh hitam ditubuh tok itam. Badannya yang berlubang dilihat usman bagaikan mengeluarkan butiran pasir halus yang keluar dari lubang-lubang kecil tadi.
Dalam surau usang itu hanya tinggal usman dan tok itam. Manakala zaid, aziz dan bakri telah berada di luar surau. Mereka tidak mampu untuk menolong usman bagi menentang tok itam yang mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa bagi seorang manusia. Hafizah yang sedang terbaring di suatu sudut di dalam surau dilihat masih tidak sedarkan diri akibat terkena pukau daripada pengikut tok itam. "Saga , pagan cepat amik budak perempuan ini. Aku perlukan dia untuk upacara kita nanti !!. Arah tok itam kepada pengikutnya. "Baik tok itam" serentak mereka membalas. Terhegeh-hegeh pagan dan saga mencari waktu yang sesuai untuk menculik hafizah daripada pandangan usman. "Zaid...!! Aziz...!! Bakriii...!!! Hangpa jaga sama !! Jangan sampai depa dua dapat hafizah.!! " tegas arahan usman. "Ini yang kau nak tengok kan budak? Nah tengok ni puas-puas." Jerkah tok itam kepada usman. Lalu tubuh tok itam perlahan-lahan bertukar menjadi pasir yang mengeluarkan bau yang amat busuk dan meloyakan. Usman menutup mulut menggunakan tangan kirinya. Matanya tajam tetap ke arah tok itam. Masih menunggu adegan seterusnya. Habis seluruh badan menjadi pasir dengan tiba-tiba bagaikan ada angin yang meniup pasir di tubuh tok itam dan berterbanganlah tubuh tok itam tadi menghilang dibawa angin. Yang tinggal hanya sisa baju dan seluar hitam yang lusuh serta cebisan kulit-kulit mati bagaikan kulit mayat yang mereput. Terlopong usman melihat aksi tersebut sambil beristighfar "astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azimmm. "Celaka apakah yang telah menimpa kampung ini. Sementara usman terkesima dalam kejadian tok itam hilang dibawa angin pagan dan saga dalam diam mengangkat hafizah yang masih dalam pengsan keluar daripada surau. Mereka lari melalui pintu surau yang satu lagi dibahagian tempat imam memimpin solat. "Lariiiii..lariii cepat sagaaa..!!" Jerit pagan. Saga yang memikul hafizah dibekalang bahunya kelihatan agak sedikit lambat berbanding pagan. "Sabar laaa aku bawak budak perempuan ni. Mana boleh laju-laju macam kau bedebah.!" Balas saga agak berang. Selalunya saga yang sentiasa menjadi mangsa buli pagan jika tok itam memerintahkan mereka maka sagalah yang akan membuat semua kerja itu.
Usman perasan ada sesuatu yang tidak kena. Seraya berpaling ke arah tempat hafizah berbaring tadi. "Aku dah agak dah. Mesti depa dah culik hafizah. " sepantas kilat meluru keluar mencari kelibat mereka sambil menjerit memanggil kawan-kawannya. "Zaiiid...depa dah lari bawak hafizah.,!! Bakriii.. Hang dengan aziz pi tengok belah depan ada nampak depa tak.. Pi sekarang.!"
Di suatu tempat berpaya dan berselut kelihatan lembaga yang hodoh rupanya sedang berdiri tegak. Selut dan tanah liat yang berpaya itu meresap melalui kaki terus naik ke badan hingga kepala. Dalam beberapa minit sempurna sudah kejadian lembaga itu. Tok itam kembali menyeringai. Mata liar dengan hembusan nafas yang keras mencari kelibat kalau-kalau dia diekori usman. Dalam masa yang sama matanya melilau mencari anak buahnya si pagan dan saga. "Apa la yang dorang buat lama sangat tu. tugas mudah macam tu pon lembab. Itu pon jangan, ada hati nak jadi orang kanan aku." Bebel tok itam sendirian. Mulut beliau kembali terkumat kamit membaca jampi serapah yang tidak jelas. Bercampur baur dengan bahasa melayu dan bahasa asing. Setelah selesai "berzikir" kelihatan asap hitam keluar daripada badan tok itam dan menandakan tubuhnya kembali pulih. Barulah dia sedari bahawa usman bukan calangan manusia. Hanya yang berilmu saja mampu bertindak seperti usman. Jika membaca fatihah masih lagi salah sebutan jangankan menikam ,untuk bertemu mata jauh sekali. Jelas di sini bahawa betapa pentingnya membetulkan bacaan fatihah kerana ianya bukan saja ummul kitab atau ibu al quran bahkan tidak sah solat tanpa membaca fatihah. Tok itam tahu yang usman merupakan salah seorang cucu kepada tok darus. Seorang yang taat kepada Allah dan rasul sollallahu alaihi wasallam. Dikurniakan tok darus ilmu dunia dan akhirat. Mampu mematahkan sihir dan dikatakan orang kampung tok darus jugak seorang wali kerana akhlaknya yang baik persis mencontohi akhlak Nabi. Tok itam amat dengkikan sahabatnya itu kerana orang kampung amat menyenangi tok darus berbanding dirinya. Kerana sifat dengki, hasad dan dendam yang membara tok itam akhirnya keluar daripada kampung untuk menuntut ilmu. Ilmu yang bagi dirinya tiada yang mampu melawan. Sihir. Ya sihir. Baginya hanya dengan keajaiban dan pertolongan syaitan iblis dan jin sajalah dia mampu menarik kembali perhatian orang kampung.
Siapa guru tok itam dan bagaimana beliau menjadi hebat seperti sekarang? Apakah nasib hafizah ditangan pagan dan saga?
Adakah usman dan kawan-kawan mampu melawan tok itam? Semua itu akan terjawab dalam bahagian seterusnya InsyaAllah. Mohon doanya.